Lilypie Pregnancy tickers
Daisypath Anniversary tickers

sedihla.....

Sedihnya saya…

‘’Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.Timbalan Menterinya, Heng Seai Kie, berkata daripada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570).”

Huhu..terkejut saya baca surat khabar hari ni..dah la dengan berita Malaysia Negara pertama di ASEAN dalam kategori obes.wowwww.memang Malaysia ni berjaya..semua dia pertama.haha.tahniah negaraku..

Apa-apa pun saya beristigfar panjang mendengarkan berita yang lebih 100k anak luar nikah lahir di sini. Saya tak menyalahkan kanak2 yang xberdosa tu..Cuma saya nak pulangkan balik soalan itu pada kita..pada bakal-bakal ayah dan ibu..bakal pewaris generasi akan datang..bagaimana keturunan kita.nasab kita kelak? Kalau semua dah jadi anak tidak sah taraf. Sedangkan dalam Islam.kita mencari pasangan dalam 4 sifat iaitu..agama, keturunannya, rupa dan hartanya. Memanglah yang dipentingkan adalah agama, tapi sedihkan kalau keturunannya dah jadi kacau bilau?hermmmm..

Sedikit emosi hari ni disebabkan saya baru baca paper yang penuh dengan kes buang bayi la..bayi mati didera la..tup tup..anak luar nikah yg berleluasa. Kasihan pada kanak-kanak tu terutamanya perempuan.sebab kalau dia anak luar nikah, sah2 ayah atau adik beradik atau sudara maranya x boleh jadi wali untuk beliau..dah jadi satu bahan ketawa dan bahan cerita orang lain..

Harapnya perkara ni dapatla diatasi..satu cara yang bagus dan mudah saya Nampak, kahwinkanlah anak-anak remaja yang sekarang sibuk bercintan cintun tu.walaupun dari segi ekonominya mereka tak stabil, sekurang-kurangnya hubungan cinta mereka Halal dan taka da kes-kes macam ni lagi. Tak perlu la kita bertelagah tentang duit hantaran yang banyak..baju yg mahal-mahal..hantaran berpuluh-puluh ribu..sebab semua tu tak menjamin kebahagiaan kita pun.kalau tak mahu bagi mereka ada anak di usia muda, kondom ada..alat-alat pencegahan lain ada..so, pasangan yg dah berkahwin ni boleh la nak merancang keluarga mereka..belajar dapat..kekasih halal pun dapat..betul tak?


*menghitunghari menjadikekasihhalalnya*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 orang doakan kesejahteraan aja..:

dhiera zainudin said...

tu la aja, kite pun sedih jugak~
kalau lah nikah qitbah tu boleh diterima masyarakat kita. menda2 macam ni mesti tak ada kan?

::Aja:: said...
This comment has been removed by the author.
::Aja:: said...

ye kot..iyela..sebenrnye banyak bnda kite boleh buat tp Malaysian penuh dgn taboo..itu xley.ni xley..eh.ko muda lagi.xley kawen.n mcm2 la..kan bagus yg Haram jadi halal