Lilypie Pregnancy tickers
Daisypath Anniversary tickers

Menu: Ikan Masak 4 rasa!

Salam semua!

tatkala aja sedang menulis ni..kat luar tengah hujan lebat wooo...harap-harap tak sampai ke petang la..eh..nak risau pe sangat..kan dah ada kereta bukan naik motor dah..ape la aja ni an..an..iskh3

Semalam aja masak lauk paling simple di dunia.hehhe..simple la sangat..aja masak Ikan Cencaru Masak 4 rasa dan Sambal Terung Kicap. Rebus jagung 3 tongkol dan potong buah Sunkist Cameron.

Aja memang tak pandai masak..hari-hari masak tawar.hahha..kesian MA naseb dia telan je apa yang aja masak sebab aja suka-suka eksperimen dengan makanan.. Memang MA ada belikan buku resepi tapi kadang2 resepi yang ada, bahan-bahan tak cukup..so campak saja la apa yang ada.yang penting boleh makan, sedap dan MA tambah-tambah nasi..tu yang penting.kekeke

Minggu lepas kan aja & MA pegi Cameron, jadi kami borong macam-macam tak hengat dunia so, penuhla peti sejuk ku dengan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.jadi..dari isnin lepas aja masak sayur cameron la.yeay! Dats why I come out with Sambal terung dan ikan tu sebab dah beli kat pasar minggu lepas..asyik duk termenung je dalam peti sejuk tu aja masak la..tapi bosan asyik masak sambal .Ikan cencaru ni aja tak pandai sangat nak masak ape..tak kan masak lemak kot..macam xsesuai je..kukus / stim..lagi xokey..goreng saja sedap kan.kan2?

So, aja pon gigihla menggugel & carik resepi berkenaan cencaru ni..penat tau..soo, aja decide masak Cencaru 4 Rasa! yeay..berjaya akhirnye cari resepi baru yang aja tak pernah makan pun.hahah.resepi sangat simple aja amik dari blog sape ntah..ampun2! tapi aja ada alter sikit la bagi sesuai dengan citarasa aja.hehe..resepi untuk simpanan diri sendiri yang pelupa..kalau you als nak try pun boleh !:D


Ni Sambal Terung Kicap..hampir sama la dengan apa yang aja masak semalam.hehe


nak bubuk resepi ikan semalam..hehe


Bahan-bahan:
1 ekor ikan cencaru (digaul dengan kunyit dan garam lepas tu goreng sampai kuning keemasan)
3 batang cili padi (hiris halus2)
1 biji bawang besar (hiris halus2 dan goreng)
1 biji limau nipis
1 biji tomato
1 sudu teh gula
3 sudu besar kicap manis

Camne nak masak?
Goreng ikan cencaru tu dulu.Aja goreng sekor je sebab MA tak makan ikan sangat. Jadi MA amik ekor, aja amik kepala....cili yang dah dipotong tu tabur kat pinggan ala-ala pakar gitu.Taburkan sekali gula, bawang goreng dan tomato. lepas tu perahkan separuh dari buah limau tu ke atas pinggan..Ambil ikan cencaru tadi letak comel-comel kat atas campuran bahan tadi dan taburkan lagi cili , gula, bawang goreng dan tomato..Tambahkan perahan limau nipis tadi dan kicap...DAH SIAP!!!!

yeay..bangganya MA cakap sedap gile.aja tanya ade berapa rasa..

MA jawab..emmm..manis ada..masin ada..pedas ada, dan masam..ehh..nape xletak rasa ke-5? 

AJa dah start konpius..nak rasa ape plak..alaaa.letakla rasa pahit...baru la care...

dushhh..makan penumbuk kang kalo makanan jadi pahit..aiyaaa..

nak try resepi ni untuk ikan kembung pun boleh..bosan hari2 makan goreng gitu je.so pelbagaikan la ekk..Selamat mencuba!

pssss: tu bukan gambar sebenar..aja malas nak snap picture.asyik pikir jagung rebus den x masak2 semalam.owh ye..jagung beli kat cameron jugak.hehe.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 orang doakan kesejahteraan aja..:

Anonymous said...

Sorry for offtopic) who will win this year's La Liga?
[url=http://google.com]f l o m a x[/url]

ilaSham said...

Nak lagi sennag, stim je jagung..

::Aja:: said...

ila..aja rebus je..letk gram sikit..pastu masing2 makan jagung macam tikus.keke

Anonymous said...

A very impressive article. Well prepared. Very motivating!! Set off on to way

Anonymous said...

good site www.blogger.com. Offtopic: Your health is the most precious thing you have and you have to cherish it! Especially your potency!
[url=http://levitra20mgprix.com/]levitra prix[/url]