Lilypie Pregnancy tickers
Daisypath Anniversary tickers

PAC dan Temuduga Pegawai Penerangan S41

Hai korang...Assalamualaikum..:)

hari ni hari Selasa..  hehee

Sabtu Ahad minggu lepas aja terpilih untuk ke PAC dan Temuduga Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan).. Sebenarnya tak sangka pun terpilih sebab masa exam aja jawab tibai je sebab soalan dia 'senang' sangat.haha..pergi exam tu pon sebab tengah cuti bersalin dan masa tu aja masih dalam pantang..hari ke 40 la kot masa tu...i pakai stoking tau pegi exam.hahaha..drive sendiri.uhuk3

Alhamdulillah..mungkin rezeki Ayraa di situ..aja pass exam n dapat ke next stage. PAC aja diadakan di Library Shah Alam, Seksyen 13..ade 3 peringkat tau..

Hari Sabtu

1. Pemeriksaan BMI etc
2. Group activity 
    - penyelesaian masalah
    - perbincangan topik kesihatan (tajuk kami: cara mengatasi masalah obesiti di Malaysia)
3. Public Speaking ( tajuk aja: Importance of Healthy Eating among Breastfeeding Mother)

BMI aja dah normal!hahahha.yg tu nak share sebab berat aja sekarang 5kg lebih ringan dari berat asal sebelum mengandung..perghhh..nampak sangat lepas kawen aja bambam.huhuhu

aktiviti dalam kumpulan aja yakin sikit..sebab ramai2 and aja banyak la bagi pendapat dan ermm..kadang2 tak hirau ahli gp lain sebab tamak.haha..nak bercakap jugak..orang lain tak nak cakap sudah...

tapi bila public speaking..Ya Allah..ketar lutut aja tau..punye la seram sejuk ..8mt dia bagi masa untuk bercakap tapi rasa macam lama sangat.. Aja tak puas hati sangat dengan prestasi aja masa public speaking..tapi benda dah berlaku kan..let it go....:(

Okehhh..fokus pada temuduga untuk esoknye plak.... tapi disebabkan aja kepenatan singgah mum n baby expo kat SACC ..plus ayraa tak mau tido awal..aja pon terlelap la bersama2 ayraa..x study pon.huhu

Hari Ahad

Gerak awal tapi sampai lambat sebab Mr MA sesat.boleh? MA memang xleh diharap tengok signboard..aja jugak kena tapi dah terlambat...kami terlepas susur g Putrajaya.huwaaa.plus jalan ditutup sebab nak bagi laluan kat cyclist. Ya Allah...nak nanges rasa tau...kami stuck kat jalan tu je dah dekat 20mt...sampai sana dah ramai candidate dah..dan aja punye turn no 17/25..:(

lama aja n MA tunggu siap boleh kuar pergi Petronas lepas tu pegi Taman Warisan Putrajaya makan tengah hari..balik pon xsampai lagi no 10.hahaha..apetah lagi no 17.ngeh3..

Pukul 1.50, aja dipanggil masuk ke bilik temuduga. Penemuduganya dari SPA , lelaki tak ingat nama.hehe.yg perempuan Pn Suraiya dari KKM.. temuduga aja berlangsung 15mt..lama sikit dari yang sebelum2 aja sebab aja xnak cepat2 keluar..not fair untuk kami yg last2 ni sebab diorang xmau tanya banyak soalan..

Mungkin sebab pekerjaan aja banyak liaise dengan KKM.so banyak soalan adalah berkenaan pekerjaan aja..iklan apa aja pernah buat.artikel blablabla...tanya dah kawen ke belom..anak ada berapa..hahaha.interviewer mmg friendly..so Aja pon xnervous masa bercakap.fuhhh...lega bila habes tau..

So skang tunggu sahaja la sama ada berjaya atau tak..korang doakan aja lulus iv ni yek..mana la tau ada rezeki nak jadi penjawat awam.hohoho...Keputusan akan diumumkan awal bulan 11 dan xmustahil diorang akan panggil dalam bulan 12. Sebab Pengarah dia kata diorang nak guna bajet 2013..so memang akan panggil cepat2..so, doakan aja ye...

Impian aja memang nak bekerja di Kementerian Kesihatan..boleh x?:D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

18 orang doakan kesejahteraan aja..:

Anonymous said...

Sy pn g pac n iv post ni gak,kt jkn neg 9...
btlke result awl bln nov,ni da nk msuk hjg nov...huhu...penilai sy pn hafsah dr kkm ptrajaya kata result plg lmbt awl bln dis n lapor diri jan 2014...anyway,smg kita smua berjaya k...

cahaya mata said...

aja dah dapat result s41 nie ker

::Aja:: said...

@Ano..Ya Allah...lamanye saya x update blog...bz sangat lepas masuk keje balik.hahahha

dah dapat result ke? result dah keluar..:D

@nur ain: dah dapat..Alhamdulillah...lepas..rezeki baby..:D

nightzstar said...

hi nak tanya you sebelum ni kerja apa ya? sbb dipanggil exam utk post ni. adoi kalau ada tips boleh share tak thanks. especially part IQ soalan tu yg lemah nyawa. lol

Anonymous said...

Hi aja..share la sikit tips2 exm peg pnrgan s41 ni...nebes jgk ni..

fiefa said...

hai aja..nak tanya mase interview tu dia buat dlm BM or BI ek..

tq

::Aja:: said...

@nightzstar: hai...saya kerja as product cum regulatory executive kat one of supplement company..tp background study nutrition & community health.

kelayakan utk post ni is Sains sosial, sains masyarakat, komunikasi n pembangunan sumber manusia..

nanti sy ada masa sy akan buat post tentang tips exam die.ye?hehe

@anon: ada latest exam ke?hehe..sy pon belom lapor diri ni tau.kiki

@fiefa: both language. intro sy start BM sebab dia intro BM..lepas tu die akan selang seli..depends on the interviewer..:)

TemudugaPeneranganGredS41 said...

Pakej rujukan peperiksaan bertulis pegawai penerangan S41 bagi calon yg tension tak tau nak prepare apa:

--> http://bit.ly/PeneranganGredS41

Bina Kerjaya said...

Daapat panggilan exam Pegawai Penerangan S41? Jika dapat, jangan lupa buat persediaan. Khabarnya jumlah calon tahun ini hanya 4,000 orang. Tak seramai PTD lah kan? Jika perlu rujukan, boleh rujuk di sini



http://jvsecurepay.com/access/28py/1206?camp_id=401

Anonymous said...

Pegawai Penerangan S41

Assalamualaikum,

Saya lihat ramai yang bertanyakan panduan di sini, ini boleh membantu anda, insyaAllah.

Klik>> http://goo.gl/tE3TET

Aina said...

Saya dah cuba panduan pegawai penerangan. Sangat membantu.

Saya beli di sini.

http://goo.gl/3sAa6Y

Anonymous said...

Selamat sejahtera,

Perlukan panduan untuk exam PEGAWAI PENERANGAN S41?

Dapatkan sebelum terlambat di sini:

http://goo.gl/PvLxEY

Panduan tersebut hanya ada sehingga KHAMIS INI SAHAJA!

Segera dapatkannya supaya anda lebih bersedia!

Aina said...

Panduan Percuma

Khas untuk peperiksaan pada 1 Mac 2014.

Peperiksaan Pegawai Penerangan S41

di sini.

http://jvsecurepay.com/access/28py/1206?camp_id=401

atau klik nama aina :)

alin said...

Assalamualaikum sis,sy dpt pac pd bln mei 2014 ni.nk tny yg group dscusion n daya menyelesaikan mslh tu dua aktiviti yg berbeza ke or sama je sbb dlm jdual sy lps ujian prsonaliti ada debat then group dscusion diikuti dgn daya mnyelesaikan mslh,br lah pgucpn awam n pblic speaking.lps tu nk tny dia bg ms lama mana utk prepare pgcpn awam n pblic speaking ni?sy tgk jdual kita sama which is spa hbskan day 1 trus smua aktviti n day 2 fully interview.melalui review sy kt blog2 org yg dh prnh pegi dlu dorg ada ms smalaman utk talk tu sbb dibuat pd day 2.sorry byk tny sis!hrp sis baca n reply komen ni.much appreciated!:-)

::Aja:: said...

@alin: hai alin..sorry for late reply...saya dilanda kemalasan utk bukak blog skang ni.hehe..ok..FYI, PAC kali sgt berbeza sbb i think its suppose under penerangan, pac n iv kami under kemnterian kesihatan malaysia..so topik2 tu sy xdapat nak tolong.huhu..
basically, gp discussion tu sama..buat aktiviti dalam group.so pemarkahan berdasrkan individu.kalo org tu senyap je xmencelah, macam mana nak dapat markah kan? public speaking masa saya PAC 8 mt je.hehe..bg masa dalm 15-30 mt to prepare sbb die bg tajuk bfore lunch, lps tu lunch 1 hour then start public speaking..
skang pac mmg buat 1 hari je..jimat duit dan masa.hehehe..
anyway..good luck ya!:D

alin said...

Thank you so much sis.sy br ada kesempatan nk rep.sy dh lepas pac ary tu.saingan memang sengit.hopefully dpt la intrview.huhu.xtahu kena tggu brapa lama utk result ><

alin said...

sis,sis dulu berapa bulan tunggu utk dpt result ea?

::Aja:: said...

hai alin..dl saya PAC & Interview serentak.sabtu dan ahad..yg kali ni sy xpasti la.he