Lilypie Pregnancy tickers
Daisypath Anniversary tickers

...............wednesday?

Al-fatihah buat arwah en Tajudin..ayah kepada bff saya ili dalila yang baru saja meninggal dunia jam 7.30 tadi di Hospital Ipoh.rakan2 blogger sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ya..

tabah ye sahabatku..Allah dah tetapkan ajal maut hambanya..moga segala amalan arwah diterima Allah dan kita yg ada di dunia ni kene kuat dan bykkan beribadah.moga tenang rohnya di sana..

terimbas kembali kenangan di saat-saat akhir bersama arwah ibu saya..semalam 29 nov 2011 genap 6 tahun ibu saya meninggalkan kami semua.Al-Fatihah buat mak..aja rindu sangat kat mak...:(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Maal Hijrah 1433H

Salam pembuka pembicara...

Khabar baik betul aja hari ni sebab dapat bercuti selama 3 hari..waaaaa.heaven je rasa..jumaat lepas aja cakap kat my collegue, if that 'nenenek' suruh aja keje hari ni, aja xmahu sebab aja dah bawak beg2 n baju-baju nak balik kg..tapi!!!sebenarnya xbalik lagi.hehehhe..
petang nanti baru balik hometown..mmmmm...nak makan rambutan n manggis banyak2.yipppieee~

ada urusan walimatul urus yg perlu didatangkan hari ni.eh3.ape tu..ni first tyme nak naek keretapi dari sg buloh ke tg malim ni..dari sana my sayang a.k.a cik dhiera akan ambik aja dan teruskan perjalanan ke tempat kawen..hehehe..wish me luck ya~

jadi..hari ni sabtu, 26 nov 2011 adalah hari terakhir dalam bulan Islam..tahun 1432H..tau x sekarang bulan ape? now is Zulhijjah..esok kita akan celeb New Year.yeay!!!!...esok 1 Muharram...bermula la episod baru dalam kalendar Islam..apa azam aja?

ntahhhh,!!!!

tak dapat nak difikirkan.hehehe..cuma aja nak jadi yang lebih baik dari sebelum ni..n wish untuk menjadi tunangan orang dah tercapai di usia...ehemmm3..secretoooo~

jadi azam tahun baru semestinya nak menjadi isteri kepada sang cinta.ecececece
makanya, kena prepare diri sendiri dgn amalan-amalan yg baik..dari segi rohani & jasmani..azam nak kurus???eiwwwww.dah penat.tapi aja masih akan berusaha utk mengurangkan ketembaman yg sangat2 terserlah sebelum majlis kawen aja June nanti insyaAllah...

Azam korang,..ape pulak..meh share ngan aja.hehe
Salam Maal Hijrah buat semua....


Luv,
Jaja & Apex @MA..:)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

::baju baru!::

Hai semua!!!!

hehehe.sebenarnya saja je aja tukar baju blog ni..OK x eh? tak pandai sangat la nak cantikkan blog aja sendiri..tulun2 pleshhhhhh~

anyway..will be out maybe for this 2-3 days becoz kite kan cuti sampai isnin depan..soooooo???
kita enjoyyyyyyyy!!!
TETTTTTTTTT...~

tak ada la...aja nak balik hometown..kat sana aja susah nak dapat internet, so memang layan TV shja memandangkan kat umah sewa aja masih tak de tv.uhuk3~

nak masuk tahun baru dah kan?kejap je rasanya masuk tahun 1432 H dah nak masuk 1433H..InsyaAllah moga tahun baru nanti membawa keberkatan dan keazaman yang kuat kepada kita semua..apa azam korang?

Aja? hehehe..aja tak ada azam.grrrr.serius.jangan gelak.dulu pernah la buat list lama-lama malas nak achieve..so skang cuma fikirkan apa yang kita nak dan aim for that..kalau buat list berjela-jela tapi tak achieve tak guna jugak..kan?

chiowwwww~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Kewangan Utk Aja & B2b

  
Salam untuk semua..
 
Kalau Aja dah nak fikirkan tentang kahwin, mesti kepala Aja berpusing-pusing kejap sebab hal-hal ni melibatkan banyak DUIT..Cuba bayangkan orang yg betul2 baru habes belajar & berniat nak kahwin, macam mana dia nak kumpul duit sedangkan dia pun masih terkial-kial untuk menyeimbangkan life dia? [like ME].

Maka langkah2 yg boleh diambil adalah pinjam duit mak ayah atau pinjam dengan bank.kasihan kan? Kalau sekarang aja tengok kalau lulusan SPM saja dah letak RM10,000..mak aihhhh.abis tu orang yag lulusan ijazah macam aja ni kena cakap berapa plak? Huhu

Bagi yang bakal atau sudah mendirikan rumah tangga, perancangan kewangan adalah amat penting terutamanya yang berkaitan dengan HUTANG. Ni belum jadi topik utama saya dan MA.hehe…

Hutang rumah, kereta dan mungkin perabot semuanya perlu dibayar. Tapi kita kena bijak lah menguruskan pendapatan kita supaya ia tak akan jadi defisit. Nanti dikata kita kedekut pun tak apala asalkan matlamat kewangan kita tercapai. Jangan ikutkan sangat kehendak nafsu sebab yg menyesal nanti diri sendiri, mereka hanya tolong tengok je..plus gelak tergoleng-goleng.kan? (Eh, bahasa apa ni?ahhh.bantai!)

OK, jom tengok macam mana nak tahu nilai hutang daripada jumlah pendapatan kita sebulan.

Nisbah pendapatan / hutang:

Bayaran hutang bulanan (wajib bulan2): (contoh: RM1000)
Pendapatan bulanan kasar                    : (contoh: RM2000)
= RM1000  / RM2000 x 100%
= 50%

So, separuh daripada pendapatan kita adalah hutang. Pastikan kita mencatat setiap jumlah pendapatan dan juga hutang yang perlu dibayar. Haaa.jadi yang lebih-lebih tu terserah nak simpan atau pun digunakan..=D

Untuk Orang yg Terpaksa Berhutang

♥ Meminjam secara berhemat
♥ Urus kad kredit dengan bijak
♥ Kurangkan hutang
♥ Buatlah belanjawan
♥ Mulakanlah simpanan

# Moga-moga kewangan aja mencukupi untuk majlis cinta kami nanti. Walau terpaksa ikat perut, ikat nafsu, ikat semua la..asalkan cukup untuk buat kenduri kahwin yang paling indah dalam hidup aja & MA. Bukan mahukan yang mahal-mahal, simple sudeyy..tapi yang ringkas tu pun perlukan DUIT.kan? yang penting menjadi kenangan manis dalam hidup kami.InsyaAllah..





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

::Wordless Wednesday::

 Hmmmm..check it out..

       




sumber-sumber sahih dari cik gugle...;D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BFF E-day..

Salam semua...

waaaaa.busynya saya weekend ni.fuh3..amik napas please!
sebenarnya minggu ni saya cuti ahad dan isnin..sabtu lepas kene kerja.uhuk3...:(
tapi saya mcm x ada cuti.wuwuwuwu.penat betul kaki dan tangan saya bekerja keras..eh?work hard ke?hehehe
last sunday, my bff , cik dhiera officially engaged with Z..hehe.actually aja panggil zul..tapi dah si empunya gf panggil Z..Z ajela.cik dhiera bertunang saat 20.11.2011..pandai dia pilih tarikh senang nak ingat anniversary.hehehe~

so, untuk majlis tu..saya buatkan choc moist cake untuk dira.heheh..penat saya dengan kerjasama anak-anak kak long saya buat kek malam minggu yg lepas..diorang lagi suke sebab diorang boleh sepahkan dapur.adehhh~

saya bagi bukan untuk hantaran sebab saya xmahu cake buatan saya diambil oleh Z..saya nak dira yang makan..semanis topping yg dibuat, moga manis2 aje la perjalan cinta diorang.hik3.dulu masa wedding my bff juga, safiah..pun saya bagi cuppies tapi memang bukan utk hantaran.kikiki..
p/s: dhiera..aja baru 3rd time buat choc cake sebenarnya.muahaha..so amik kau..ape rasa?hihi~

makanan yang dihidang sangat sedap..saya suke sume! paling penting dah ptg2 tu aja dapat makan durian.wow3.tengs again..

roughly, ur event nampak sweet sangat dengan warna hijau tu..plus dengan mini pelamin comel tu..heheh..very the creative maa~
(nanti hantar kat umah aja ye for my event..:P)

moga bahagia selama-lamanya sayang...n our friendship juga begitu..lepas ni kita sama-sama prepare for wedding ya?:D

ni la  cik dhiera   :D


Ni nak show off cincin masing-masing.hehe

me with nida..jauh ni dari taiping
Ni la saya.terserlah kegedikan & kejakunan di situ.hahaha     



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

peraduan "LIKE dan MENANG''

Hai Semua! hari yg sangat bersemangat sebab kena kerja hari sabtu..ZzZzZz~
saya nak cepat2 tulis ni before pegi ke cheras.

OK.saya ada masuk contest Photographer ni..saja-saja je masuk..minta tolong B2B and kawan-kawan lain tolong 'LIKE' pic saya and MA yek...hehehe..


ikut intruction di bawah..yek?:)
Step 1 : Like Fan Page UKiR Photography
https://www.facebook.com/ukirphotography
...
Step 2 : Like Gambar Saya
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=307331579286763&set=a.298677176818870.78699.277273195625935&type=3

tolong sebar-sebarkan ye...tengkiu sumeeee~♥
ahaaaa..dah tengok?
opsss.lupe nak bagitahu..ni link FB Saya..sila la add.nanti kite leh sharing maring bebanyak.kan2?lalala klik sini ye kawan2..[ Ct Hajar ]
Nak tengok ape-ape tentang photographer ni sila klik Azahar Rosli 
Sila like gambar saya yang comot tu ye..sayang korang!mmuahhhhh3

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Beauty Contest From Aina Rahman

Salam semua...

Setelah saya di tag oleh cik dhiera maka saya ni kononnya beria-ia la nak buat satu entry khas untuk beauty contest ni..hehe..thanx ye cik dhiera!

 OK..now.sila fokus! ini adalah Beauty contest from aina rahman


Terma dan syarat 'contest' ni adalah seperti berikut:

Terma dan syarat :
  1. Peserta dikehendaki LIKE page Aina Rahman .
  2. Terbuka kepada kaum wanita dan warganegara Malaysia sahaja.
  3. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 Disember 2011.
  4. Seorang, satu penyertaan sahaja.
  5. Pemenang akan terbahagi kepada 2 bahagian :
  • Berdasarkan cabutan undian
  • Referral terbanyak
6. Pemenang akan diumumkan pada 21 Disember 2011 dan keputusan adalah muktamad.

emmm..macam susah je saya nak menang..saya buat blog pun suka-suki.adeh3.hehe.ok..macam mana korang nak sertai 'contest' ni?

Cara-cara penyertaan :
  1. Like page Aina Rahman di facebook.
  2. Buat satu entry ringkas mengenai contest ini di blog anda. Sertakan banner contest seperti di atas dan backlink kepada blog Aina Rahman.
  3. Tag 3 orang (minimum) rakan anda. Semakin ramai yang anda tag, makin tinggi peluang anda untuk menang ketegori "referral terbanyak".
  4. Tinggalkan url entry anda beserta id facebook di ruangan komen pada entry ini
OK..dah!
Korang mesti nak tahu apa yang korang boleh dapat..kan.kan.kan?haaaa.ni saya war-warkan 

hadiahnya..

  • Pemenang utama :
    - 1 set barangan make up bernilai lebih RM 100.
    - 1x sesi make over percuma dari Aina Rahman.
  • Pemenang referral terbanyak :
    - 1 set barangan make up bernilai RM 50
    - 1x sesi make over percuma dari Aina Rahman
    .
  • Hadiah saguhati akan diberikan sekiranya jumlah penyertaan melebihi 50 peserta.


wahhhh.mudah kan?jom la kita tgk2 apa ada lagi

nak tengok page   aina rahman? sila klik sini

OK..dah habis...saya nak tag kawan-kawan saya di bawah...


yang lain-lain pun boleh sertai lagi OK...klik sini



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sedihla.....

Sedihnya saya…

‘’Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.Timbalan Menterinya, Heng Seai Kie, berkata daripada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570).”

Huhu..terkejut saya baca surat khabar hari ni..dah la dengan berita Malaysia Negara pertama di ASEAN dalam kategori obes.wowwww.memang Malaysia ni berjaya..semua dia pertama.haha.tahniah negaraku..

Apa-apa pun saya beristigfar panjang mendengarkan berita yang lebih 100k anak luar nikah lahir di sini. Saya tak menyalahkan kanak2 yang xberdosa tu..Cuma saya nak pulangkan balik soalan itu pada kita..pada bakal-bakal ayah dan ibu..bakal pewaris generasi akan datang..bagaimana keturunan kita.nasab kita kelak? Kalau semua dah jadi anak tidak sah taraf. Sedangkan dalam Islam.kita mencari pasangan dalam 4 sifat iaitu..agama, keturunannya, rupa dan hartanya. Memanglah yang dipentingkan adalah agama, tapi sedihkan kalau keturunannya dah jadi kacau bilau?hermmmm..

Sedikit emosi hari ni disebabkan saya baru baca paper yang penuh dengan kes buang bayi la..bayi mati didera la..tup tup..anak luar nikah yg berleluasa. Kasihan pada kanak-kanak tu terutamanya perempuan.sebab kalau dia anak luar nikah, sah2 ayah atau adik beradik atau sudara maranya x boleh jadi wali untuk beliau..dah jadi satu bahan ketawa dan bahan cerita orang lain..

Harapnya perkara ni dapatla diatasi..satu cara yang bagus dan mudah saya Nampak, kahwinkanlah anak-anak remaja yang sekarang sibuk bercintan cintun tu.walaupun dari segi ekonominya mereka tak stabil, sekurang-kurangnya hubungan cinta mereka Halal dan taka da kes-kes macam ni lagi. Tak perlu la kita bertelagah tentang duit hantaran yang banyak..baju yg mahal-mahal..hantaran berpuluh-puluh ribu..sebab semua tu tak menjamin kebahagiaan kita pun.kalau tak mahu bagi mereka ada anak di usia muda, kondom ada..alat-alat pencegahan lain ada..so, pasangan yg dah berkahwin ni boleh la nak merancang keluarga mereka..belajar dapat..kekasih halal pun dapat..betul tak?


*menghitunghari menjadikekasihhalalnya*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SAYADAHBOLEHKAHWIN!


salam semua…

Alhamdulillah aja semakin sihat..Cuma batuk memang tak berkurangan lagi.yela..saya rasa sekarang ni memang musim orang demam.batuk.selesema..macam2 la..ohh ya..dah lama saya tak update kisah hidup saya.kan? baru ada kesempatan ni nak update blog..busy sikit dengan kerja dan kursus kahwin minggu lepas..tambah-tambah blog adalah dilarang di opfis..maka, update kat rumah aje la…sobbbb3

saya dan MA baru saja selesai kursus kahwin minggu lepas.saya pergi kat Pejabat Agama Islam Klang dari 12-13 Nov…ramai juga la yang datang..ada dalam 120++ orang..ada yang datang sendiri..ada yang datang dengan pasangan a.k.a tunang/ boyfren…ada yang datang dengan kawan-kawan..dll..dalam ramai-ramai tu boleh pulak terserempak dengan kawan lama di SMKAKS..Amin namanya..datang dengan bakal isteri dia.borak-borak la kejap Tanya khabar..MA ada ok..bukan berborak dua orang.agagaga

saya sebenarnya last minute plan utk pergi kursus ni sebab plan nak pegi December tapi MA tak free pulak..cian cik dhiera sebab tertinggal sebab saya register last minute..sori yekkkk.ampun2

2 hari sepanjang kursus tu ada 8 slot utama semuanya la..kebanyakan adalah pegawai agama dari PAIDK n ada tok kadi klang gak yang bagi ceramah..plus sorang doktor utk terangkan tentang kesihatan dan pasal suntikan HIV..ada yang bincangkan pasal akhlak..perkahwinan..perceraian..kewangan..akidah dan ibadah..prosedur kahwin.kesihatan dan macam-macam la..makan minum sume diaorang provide so xkeluar mana-mana pun waktu makannya..ada slot yg saya mengantuk juga..mangsanya MA la..saya kacau MA thru hp..hahaha..asyik sms je kalo penceramah membosankan..haha..actually tak ada yang bosan..saya serius belajar walaupun ada yg buat saya menguap berpuluh kali.di tambah dengan hujan di luar.fuhhhh.sedapnya tidur..kan?

So, moralnya..siapa B2B yang belum g kursus kahwin, sila pergi ye sekarang… semua dah fully book kalau kat pejabat agama.hehhe.sebab memang seronot pegi kursus kahwin ni.rasa macam nak kahwin bulan depan jugak.lalaalala~

Info baru tau...: 

Di Selangor..
  • Tiada hantaran diperlukan..hanya mas kahwin sebanyak RM 300 sahaja.
  • Surat nikah ibubapa perlu disertakan dengan permohonan kahwin.. tak kira korang anak perempuan no berapa..sulung ke..bongsu ke..tengah ke..haaa.sila cari sijil2 tersebut ye…
  • Ujian HIV perlu buat appointment di mana-mana klinik kerajaan sahaja..ni peringatan untuk diri sendiri sebab takut lupa.hehe
Ok.chiowwwww


#sempattengokIMMORTALSdengansidia#

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:: perkahwinan impian ::

hai semua! 
okeyla..sebenarnya saya nak start list apa yang saya inginkan dan saya perlukan untuk perkahwinan saya nanti.saya bukanlah idamkan majlis yang havoc dan mahal2..saya cuma impikan majlis yg ringkas tapi ceria..cantik dan jemputan saya hadir dengan gembira dan makan makanan2 yg kami sediakan..kami ni pun bakal pengantin budget.hehe

paling penting mendoakan kebahagiaan saya dan future husband. Dalam keluarga saya, dah 4 orang adik beradik saya yang kahwin..paling akhir tahun 2003 tak silap...masa tu abang saya kahwin grand jugakla.sebab dapat anak dato'..dan dia satu2 nya kumbang dalam keluarga, so majlis untuk dia meriah lebih sikit lah.hehehe. so sekarang, tahun 2012, baru ada 1 lagi majlis perkahwinan dalam keluarga saya. sapa pengantinnya? saya la.muahahahah~

tapi , yang lainnya...mak saya takkan uruskan majlis saya..sebab mak dah meninggal 6 tahun yang lepas..iskkk3...

maka, serasanya, majlis saya kakak sulung saya yang akan uruskan agaknya dan saya kene uruskan sendiri hal2 berkenaan pakej ke..baju ke..pelamin ke..door gift ke.semuanya atas bahu saya sendiri..bukan saya tak ada adik beradik yang laen, tapi masing2 ada suami dan anak2 yang perlu diuruskan, so...paham2 sendiri la..saya la ketua majlis kawen saya a.k.a wedding planner..hehe.

perancangan masih belum bermula tapi dah mula mencari design dan warna serta apa yang saya inginkan utk majlis itu.InsyaAllah dgn bantuan kak long saya, saya akan start semuanya sikit2 dari sekarang! (^_^)

okeyla..saya memang tak perlukan wedding planner.. saya tak perlukan katering..so yang itu saya dah tolak dari list sebab saya buat 'rewang'. apa tu?

rewang ni dalam perkataan Jawa yg bermaksud, gotong royong..org kampung akan datang ramai2 bergotong royong untuk majlis kenduri kahwen.

Jadi, memang seharusnya riuhla majlis tu nanti.hehehe..saya plan untuk ada 2 khemah khas untuk makan beradap dan untuk keluarga pengantin. 4-5 khemah untuk jemputan..halaman rumah besar so, xde masalah la.hehe.pelamin? haaa...ni 1 masalah untuk saya. Ayah saya tak benarkan saya buat pelamin!huhuhu.sedihnya...xpela..saya akan buat juga di dalam rumah tapi konsep dan design DIY by me and my sis!hehe.

lain2 tak ada masalah kot insyaAllah..Saya ada contact beberapa butik untuk baju, make up dan OP..so, tunggula mana2 yang akan saya gunakan..nak DIY sendiri, xmampula nak berfikir secara kreatif dan kritis serta inovatif..hahha.sewa sudah..sediakan duit, semua akan settle kan?:)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:: tagged dari budak comel dhieranottie ::

errr..sebenarnya saya serius tak pandai permainan apakah ini?hahaha..tapi sebab budak busuk dhiera ..dah tag saya, saya cuba la jawab oke? okaylah..kite mulakan dengan 11 perkara mengenai diri saya..apa ya?:D

1. Nama penuh Siti Hajar tapi lebih mesra dipanggil Aja..
2. Saya suka makan sangat2..semua makanan saya bantai asalkan HALAL..
3. Saya kuat bercakap a.k.a membebel.happy saya bercakap.marah pun saya bercakap
4. Saya tunang kepada Muhammad Amir @ MA @ Apex.hehe
5. Dah keje dah as nutritionist, but still nak cari keje lain.xserasi.xserasi..
6. Grad tahun 2010 so now dah 1 tahun bekerja..:)
7. Saya mengimpikan untuk honeymoon kat pulau..tak kisahlah pulau mana-mana.tapi nak pulau!hehe..even saya tak tahu berenang..;p
8. Saya pernah eksiden kereta.ngeri sangat2..alhamdulillah.Allah masih panjangkan usia ku..ameen
9. Saya overweight now....:(
10. Bakal nak kahwin tahun depan, 2012 so belum start buat any preparation.sebab tu suke terjah blog2 org laen yang cantek2..:)
11. ha...dah tak tahu nak cerita apa..bila dihadkan hanya 11 memang otak saya tepu.kekeekke.cukup dah..

OK..sekarang, mulakan dengan menjawab soalan2 cepu emas dari kawan saya ni ye?

1. Kamu suka dikenali dengan nama apa?
    Macam saya cakapkan tadi, saya selesa dipanggil Aja..ada yang panggil Ct tapi very rare..saya pon pelik bila orang panggil ct.hehe

2. Kamu berasal dari mana (spesifik ye)?
    Saya dari Kampung Bukit Badong, Kuala Selangor..ala..tempat yang banyak monyet dan pokok   kelapa sawit tuh..hehe

3. Perkara apa yang korang suka buat?
   Saya suka baca novel (must!)..pastu online anything including blogs, papers and cerpen.

4. Apa sebab kamu berblog?
    Act ia hanyalah diari kehidupan saya.saya saja2 buat konon2 nak latih grammar English..tapi hampeh..berterabur sampai sekarang.malu2..*iskh2*

5. Komen sikit tentang blog saya?
   Dira punye blog memang banyak informasi!hehe..suka la baca u punye blog..:)

6. Jom kita gather nak?
    I will InsyaAllah..

7. Any suggestion tempat yang sesuai kalau kita meet up?
    Di tepi sungai yang indah.hehe

8. Facebook dengan blog mana lagi korang suka?
   errr...dua-dua boleh x?FB utk network dgn kawan2 yang jauh di mata dekat di hati..blog untuk kalian semua..:)

9.  Korang dah kerja ke masih belajar?
     Sudah bekerja sejak June 2010..

10. Korang selalu berblog masa di ofis ke dekat rumah?
      dekat rumah..dekat ofis.apaaaa pun tak boleyyy! ade budak it suke ampu boss die block fb, twitter and blog...

11. Wedding blog mana korang suka terjah?
      Non- cinderella Story..hehe..cik lijah tu kawan saya time kat UPM..n suke tgk artwork dia sebab dia kreatif!saya? kayu..huhu


okey.seterusnya, saya pulak bagi soalan cepu emas yek..


1. siapa nama penuh korang?
2. Boleh tak nak tahu pasal 1st love masing-masing.he3..
3. Adakah si dia sekarang ini adalah cinta pertama korang?
4. Bila korang plan nak kahwin ni..jangan sama dengan saya ye..:P
5. Rasa-rasa kalau buat gathering, tempat apa korang paling suka?
6. Korang selalu terjah blog wedding ke?
7. Dalam sehari berapa jam korang spend untuk blog?
8. Mana korang lebih suka, blog?FB atau twitter?
9. Sejak bilakah korang berblog?
10. Macam mana korang mahir dalam blog?
11. Adakah korang rindu kalau sehari tak emnatap blog kawan-kawan anda?

okay..dah habis dah la kan? hehehe..so boleh la saya beransur pulang ni.fuhhhh.hahaha..emmmm.emmm.so, saya nak tag this people around me..saya tak ramai kawan dalam blog..newbie la kata kan..tag tak sampai 11 boleyyyy?:(

2.   ni@ @in
3. Ili dalila
4. emm...yang sebenarnya kan? nak ngaku ni..saya tak reti nak buat link seperti nama2 di atas.heheh..macam mana nak link nama yg kite buat dengan blog masing2..masih kurang belajar dan harap di ajar..ampun2....*tumpang lalu..tumpang lalu*



p/s: wuuuuuuu..malu2.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:: hepi..hepi..hepi..::

Salam semua...!
hari ni mood saya dah jadi baik..jadi baik sangat2..sebab????
sebab saya dapat cuti hari jumaat ni!hahaha..sukenya perasaan ni...(^-^)

sebenarnya, sepatutnya saya bekerja la macam biasa..isnin-jumaat..tapi sebelum ni memang saya plan nak ambil cuti sebab saya ada banyak replacement leave..dan saya malas nak simpan lama-lama..banyak sampai annual leave saya tahun ni saya baru usik 1/2 day..best x?hahaha..saya plan untuk cuti jumaat ni sebab saya nak habiskan masa dengan MA..rindu gile dgn MA sebab even rumah kami jarak dalam setengah jam perjalanan je..tapi kami jarang jumpa.sebab dia di JB, saya di Selangor.uhuk3... 
~~cinta antara benua...~~

dia cuti seminggu untuk raya Aidil Adha yg lepas tapi saya cuma sempat jumpa MA hari jumaat lepas..itu pun lepas habis kerja saya terus pecut balik ke Ijok..my hometown..coz meet point kami adalah di satu restoran rahsia di Ijok.MUAHAHHA

so, sambil menyelam nak balik kampung, saya singgah dating jap tapi malangnya restoran tu tutup..awal gila tutup,raya ahad la makcik...!jadi kami hanya berjalan2 ke pasar dan borak2 jew..
sabtu-isnin yang lepas family MA beraya dekat Bukit Merah Laketown Resort.heh.beraya sungguh mereka sampai ke Penang & Perak berjalan sakan..saya memang la diajak tapi sebagai seorang gadis pingitan, haruslah saya menolak ajakan family MA!hahaha..
malu tapi mahu..huhu

jadi Isnin lepas baru MA n family balik ke Klang..tapi saya pulak cuti hanya sampai Isnin.complicated kan? tuntutan kerja jadi malam ni baru saya berpeluang jumpa MA..Alhamdulillah..terubat rindu pada MA.hehe..

Haaaa.pasal cuti jumaat ni..mula2 tak lulus sebab last minute 'nenek tua' yg saya bebel-bebelkan tu buat promosi..(jgn wat last minute lagi ye nek!)...
 so dengan sedihnya saya bagitahu MA cuti saya tak lepas..

he said'' tak pe la..kita jumpa tiap2 malam sampai saya balik JB ye...''...tapi hari ni, pagi tadi saya masuk opis kejap dan nak apply jugak cuti RL tapi untuk Isnin hadapan..secara tiba-tiba boss saya yang baik hati tu (bukan nenek tu ya!) bagitahu saya saya boleh cuti jumaat ni IF ada ofismate willing to help me & replace my place for Friday.. dan korang tau?my housemate sanggup gantikan saya!!!!Alhamdulillah...sayang kamu farah..maaf sebab susahkan ko untuk misi dating ni.ahaks~

Makanya, saya secara rasmi dah dapat kebenaran bercuti hari jumaat ni..untuk bersama-sama MA tercinta..lokasi?tak pasti lagi ke mana tapi mungkin ke pantai kesayangan kami.heheh..rindu pantai tu!:)

kami di pantai yang indah..gambar ni comot gile kan?kekekeke~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:: tuesday blues ::

hai..salam semua!
amacam hari pertama kerja lepas cuti raya? xbest kan?
aja rasa bluesssss sangat2 hari ni..stress bercampur sedih campur nak nangis.macam2 rasa ada dalam hati ni..
hari ni saya masuk opis macam biasa. semak kerja2 yg tertangguh lepas seminggu x masuk opis..semak claim dah settle belum.apply cuti dan uruskan hal ambil MC hari tu.semua la..saya uruskan di hari pertama kerja.

TAPI!!
-
-
-
-
hari saya dah dicalarkan oleh insiden yang tak sepatutnya berlaku..grrrr.geram saja rasanya.saya tak tahu la orang lain, tapi saya bukan jenis orang yang last minute..saya jenis yang well prepared, organized even sumtimes kelam kabut..saya memang cepat angin kalau ada benda2 last minute..lagi2 apabila melibatkan kerja2 di luar opis..tapi macam biasa nenek tua tu saja menunjukkan kuasa dia sebagai kesayangan bos saya.! saya tak minta dia sayang2 kan saya, cuma respect, hormat sebagai rakan sekerja dan janganlah menyusahkan kerja2 orang lain.kenapa la ada manusia dalam dunia ni yang bebal dan tak paham bahasa macam dia? huhu
ditambah pula dengan kes kehilangan wang rm200 dalam akaun saya lepas saya isi myk guna visa debit kad..saya cume sedar duit tu hilang hari ni sebab saya xde cucuk duet atau guna kad untuk any payment..so, bila pagi tadi saya keluarkan duet, terkejut beruk la! (cube bayangkan beruk terkejut ye semua!)

nasib baik resit2 yang dapat saya memang takkan buang selagi belum sebulan..sebab saya suka rujuk balik resit2 untuk tgk perbelanjaan saya.hehe..Alhamdulillah, dapat kesan balik duet yang hilang tu..tapi saya masih xpaham kenapa. saya diberitahu oleh owner stesen minyak tu yang visa hold rm200 bila kite guna kad visa dalam seminggu macam tu la..after tu, dia akan pulangkan balik balik.sebab saya isi just rm30..so dlm masa seminggu dia akan pulangkan baki duet tu tapi masalahnya sekarang, KENAPA? kenapa visa ambik duet saya macam tu je tanpa notis dan sekarang dah menyusahkan saya. sebab dis week saya nak servis kereta dan bayar kereta..tapi baki akaun xmencukupi untuk survive.aduhhhh.gile betul! tanpa rm200 yg die curi tu saya semput la nanti ni...

pengajaran:
  • gunakanlah cash kalau boleh untuk mengelakkan hal2 yang x dijangka macam saya..saya jadi sangat2 stressss! (tahniah aja sebab berjaya gaduh dgn MA hari dgn jayanya...:(..)
  • sila simpan resit2 pembelian anda dan kalau boleh resit2 atm..senang nak buat rujukan dgn segera
  • sila jangan mengadu dgn boyfren @ tunang pasal hal2 ni..macam saya, MA senyap dan bagi respons yang menyebabkan saya bertambah marah...sekian
  • stress pasal org2 di tmpat kerja? sila mulakan pencarian kerja lain!haha..anda xkan boleh bekerja dgn tenang kalau org di sekeliling menyakitkan hati..keje yg stress dgn env yg stress sgt berbeza ya kawan2...:)






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Aidil Adha

Salam semua!
Selamat Hari Raya Aidil Adha...
Berapa banyak lembu or kambing yg dikorbankan tahun ni?hehehe
actually aja tak korbankan apa-apa pun.cuma korbankan waktu tido je..wahhhh..seronoknya tido di saat cuti ni..tak ada yang ganggu langsung!
MA beraya sakan pegi perak dan penang..so saya ditinggalkan tanpa khabar berita kejap..xperla..seronok jugak..kalau x asyik kena kacau dengan MA..
aja dapat cuti raya sampai hari ni je la..esok dah mula bekerja.malam2 karang baru balik rumah sewa.malasla nak gerak awal2.jalan jam!haha

raya tahun ni tak ada sapa pun balik ke rumah..hanya ada saya, adik, abah dan maksu..so, makanan kak long saya dah masakkan awal2 so kami tinggal ambil je kat rumah dia.kui3..bila nak belajar masak untuk raya ni aja oiiii.tahun depan nak kahwin dah..mampus! seriously..untuk raya, saya cuma pandai masak nasi impit, masak air dan potong segala bawang, cili serai..dll....masak2 ni saya seram sikit.ye la...adik bongsu..eh bukan kedua bongsu..dari dulu tak masuk dapur kalau raya, jadi tahun ni masukla jugak even ptg2..jadik la kan?hehe..next year?biar p dulu..xmau fikir.adehhh..tak de pegi mana pun.duduk je dekat rumah makan dan tengok tv..tengah hari macam tu start la ramai yang datang bagi2 daging...penuh peti sejuk tu haaa..so, hari ni tengah menunggu sup tulang lembu masak..dengan sabarnya ni..kejap lagi dapatlah makan.hehehe..sapa masak?semestinya bukan saya.hahaha..chowwwww~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

B2B or personal diary?

ahaaaa.benda ni sebenarnya dah lama difikirkan..saya pun tak faham.kekekeke..saya sebenarnya dah start menulis blog ni tahun 2009..macam-macam nama dah saya pernah guna...n now saya stick dengan 'Aja & Apex'..why? sebab senang je..aja adalah saya...siti hajar dan apex adalah tunang saya..mata die sepet.lagi-lagi kalo senyum..kalo gelak?damnnnn..x nampak apa-apa.hahaha..so, currently saya dah agak mengaktifkan blog ni.saya dah rajin update all the things happen around me..tapi saya sebenarnya bride-to-be...so saya nak jugak update tentang kisah2 cinta saya.pertunangan saya.persiapan saya dan lain2..ape...saya perlu buka another blog ke?

saya tak berada pandai dalam blogging ni.tak kreatip langsung..tak comel jugak..ah toiiiii.jadi macam mana?NAK masukkan link pun tak tahu sampai sekarang.hahah.naseb baek masukkan gambar tahu.kui2

so???
stick with one blog atau tambah 1 lagi for B2B?.hehehe.tapi sebenarnya kan...even saya akan kahwin mungkin pertengahan tahun 2012, saya tak buat apa-apa persiapan lagi..apa pun tak de!gila kan?thats why saya banyak baca b2b's blog untuk korek-korek rahsia..colour theme pun tak decide lagi kecuali untuk nikah.hahaha.pandai betul saya kan?:D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

tarikh kawen..

aduiiiii..saya pening sebenarnya pasal tarikh ni..sampai sekarang saya tak dapat tarikh lagi...actually before ni dah setel dah.kami dah ada tarikh, i mean pertengahan tahun 2012..tapi sekarang semua dah jadi kelam kabut.sebab? awal bulan 6 yang kami plan tu jadi masalah di pihak MA..MA ni master student kat UTM..so, bila jadual IPT dah bertukar2 ni kan, kami pun pening sekali.huhu..kalau dulu bulan june kan cuti semester, now tidak lagi! bulan 6 tu tak silap bebudak tengah struggle for exam..lepas tu baru cuti semester...

ikutkan saya boleh je teruskan dengan tarikh yang kami plan tapi kesian pulak dekat MA nak ulang alik JB kalau tyme tu tengah exam..mana boleh fokus nak kawen kalo tengah exam kan?heheh

so, plan sekarang awalkan dari bulan 6 tu atau lambatkan..kalau awal tu bulan 2 thn depan..aiyak..mana sempat nak buat preparation!!!..kalo lewatkan adalah time raya.heheh.tahun tetap sama..saya sampai tak boleh nak buat persiapan sangat sebab tarikh still tak ada.huhu..tolong.tolong...

Paling takut kalau clash tarikh kahwin dgn my bff..lagi pening karang.sehabis boleh nak semua datang, jadi buat tarikh yg xkan clash dengan orang lain.tgk je la nanti ye..

p/s: saya dan MA dah register untuk kursus kahwin.hehee..saya faks borang dah n MA g kol dari JB untuk confemkan tempat.hehe..xsabar nak pegi!=D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

??mc???

wotttt..woottttt..sebut pasal mc ni mesti masing2 fikir saya saje amik mc kan?hoho..tak ok??saya dilanda demam yang agak teruk la jugak..actually dari ahad lepas saya dah lembik je tapi memandangkan saya ni kuat (poyo gile!hehe), saya ignore sakit saya dan datang kerja seperti biasa.

dan semalam......
badan saya memang sehabis lembik dah..batuk menjadi-jadi tapi yang bestnya, lunch dengan McChicken.nyum3..bagus kan orang demam makan fast food.?kawan suruh makan bubur je tapi apa kelas makan bubur..so sy order la 1 set of McChicken plus air yang tak ada ais sangat..still ada ais key? saya tahankan je still kerja sebab kerja saya bukan teruk pun.nak kena angkat2 barang pun tak.nak kene berfikir sangat pun tak..tapi malam tadi memang saya tidur awal.jam 9 saya dah lentok sebab ubat batuk + panadol..wowowowo

pagi ni bangun dengan badan yang seram sejuk dan batuk2..so saya decide untuk cuti je la...pergi klinik ambik MC and medicine semuanya habis rm51..cetttt..bukan lama pon.cek temperature dengan tekak je..pon dah kene charge 51..sabar je la..x apa la..yang penting, saya dapat rest hari ni..nak update blog..baca any articles and tidoq!hehehe

sila simpati dengan saya!=D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS