Lilypie Pregnancy tickers
Daisypath Anniversary tickers

Rezeki Yang Tak Terduga...

Salam...berhabuk sudah blog aja ni kan..ntahla  semangat nak menhupdate tu kelaut..tu biarkan je dia bersawang.hehehe

Alhamdulillah...kami sekeluarga sihat je..ank pon dah semakin membesae, lasak, bijak.hoho..Ayraa Qistina, d best gift for us sekarang ni..kalau pegi kursus tak bawa dia kan..mmg maknye je la menanges2 tp anaknya idak..die siap lambai2 babai lg.cissss..mentang2 duduk dengan nenek n atok.hehe

gambar baru ayraa? nak tgk ke..banyak sgt dlm hp sebenarnya..tak dan nak transfer ke komputer.hihi/...so nanti2 aja kongsikan gambar kami sekeluarga yang baru key..

ayraa dah pandai menari, joget, melompat, memanjat..haaa.lasak sungguh..dari segi percakapan masih terbatas..byk ckp bahasa jerman je la..tapi perkataan yg ayraa sgt yakin gunakan adalah NAK!hehe..mama dah mula kedengaran walaupun suppose she call me mami..dady pon jadi dada..xpela...perlahan2 ye sayang...

owh ya...apa kata bila ada rezeki yang tak dirancang..tak diduga..datang? awalnya terkedu jugakla..tak tahu nak fikir macam mana.blank jap! tapi bila difikir-fikirkan..muhasabah diri..mesti ada sebab ak diberikan rezeki tu sebab Dia tahu aku dan suami boleh hadapinya..terima dengan ikhlas, gembira sebagaimana menerima rezeki terdahulu..:)

Apa-apa yang akan berlaku kelak di tahun hadapan, kami sekeluarga kena rancang betul2 dari sekarang dan mulai Ogos 2015, InsyaAllah bergelar pelajar kembali masa tu....doakan aku, suami dan keluarga kuat dan tabah utk harungi hari2 semasa ak sambung belajar.huahahhaa

K, Bye!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puasa Ganti & Fidyah...(^_^)

Assalamualaikum! Siapa sini dah habe sganti puasa tahun lepas? angkat tangan cepat..cepat!

SAYA!!!!:)

Wah kauuuu..semangat ye..mentang2 puasa ganti 20 hr..amik kau..kekeke..apesal banyak sangat aja oi? nak buat macam mana..bersalinkan ayraa pon masa 10 Ramadhan...mana taknye kene ganti 20 hr.kui3...proudly announce that i am fully breastfeed sampai 6 bulan dan meneruskan sehingga 9 bulan...selepas tu..sob3.....i have to mix with FM...sebab musabab? masa tu baru masuk kerja baru dan terus ade training selama seminggu...short notice dan xsempat langsung buat stok utk ayraaa..owhh..sedih tau...puasa aja xganti2 pun sebab nk bg keutamaan utk ayraa..bukan sbb puasa mnyebabkan susu xbanyak ye korang....tp sebab kite xjaga makan masa berpuasa..makanya ayraa start mix susu fm since 9 bulan sampai la hari ni...ehh....18hb june..genap 11 bulan dah ayraa!!!!weeee~

ok sambung cite pasal puasa. nak jadikan cerita..bila ayraa dah start mix susu..baru aja ada keberanian dan kekuatan untuk ganti puasa..20 hari tau! aja puasa at least 3 hr seminggu ..isnin sampai rabu atau sampai khamis..depends pada kerajinan..bonus sebab masa awl2 usaha ganti puasa tu aja still xperiod.heee~

lepas 8 hr ganti puasa dan dan aja period..sedeyyy...tapi lepas tempoh tu aja puasa lagi sama la..3 hr seminggu sampaila hari ni! hehhee..nak cakap yg hari ni pun hari kebebasan aja jugak! my last day for puasa ganti..horeeee! Alhamdulillah...makanya lepas ni ade seminggu nak berjimba2 makan di siang hari sebelum kite mula berpuasa kalau xsalah pada hari AHAD 29 June ni..

Jangan buat2 xtau dan xnampak ye puasa ganti ni..hukumnya WAJIB ganti tau! meh nak share info berkaitan puasa ganti ni...


Orang Yang Diberi Kelonggaran Tidak Berpuasa
1.      Orang yang musafir yang tiada tenaga dalam musafirnya oleh berbuka dan wajib ia ganti puasa tersebut.
2.      Orang yang uzur seperti orang tua yang tidak mempunyai kekuatan untuk berpuasa.
3.      Ibu yang menyusu anaknya, kalau di dapati ibu tersebut lemah disebabkan anaknya menyusu dan lemah disebabkan puasa, maka ibu tersebut boleh berbuka puasanya.
4.      Orang Islam yang pergi berperang dan berhadapan dengan musuh Islam, maka dibolehkan mereka berbuka untuk memberikan kekuatan kepada mereka melawan musuh Islam.
5.      Orang yang sakit dan dinasihatkan oleh doktor perubatan bahawa beliau tidak perlu puasa dan jika ia puasa sakitnya lebih teruk lagi.
6.      Wanita yang hamil dan dinasihatkan oleh doktor supaya tidak berpuasa, kerana dikuatiri dirinya menjadi lemah dan akan membahayakan kandungannya, maka wanita itu tidak wajib berpuasa.
Cara Menggantikan Puasa Ramadhan

Orang Islam yang diberikan kelonggaran untuk berbuka puasa Ramadhannya, wajib digantikan kembali puasanya jika ia berkuasa dan sakitnya sembuh selepas puasa nanti. Orang yang musafir yang berbuka puasanya disebabkan tiada kuasa dalam perjalanannya, maka ia diwajibkan ganti semula puasanya selepas bulan Ramadhan.

Tahun pertama orang yang meninggalkan puasanya atau berbuka puasanya, maka ia diwajibkan ganti semula kesemua puasa yang ditinggalkannya. Tetapi bagi orang yang memang tidak mampu untuk berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa, jika ia puasa akan mendatangkan kemudharatan kepadanya. Maka ia tidak diwajibkan menggantikan puasanya dan ia diwajibkan Fidyah kepada orang miskin.

Cara Mengeluarkan Fidyah

Maksud Fidyah ialah satu cupak makanan asasi tempatan yang disedekahkan kepada fakir miskin mewakilli satu hari yang tertinggal puasa Ramadhan padanya. Makanan asasi masyarakat Malaysia adalah beras, maka wajib menyedekahkan secupak beras kepada fakir miskin bagi mewakili sehari puasa. Ukuran secupak beras secara lebih kurang sebanyak 670gram. Contohnya sipulan telah meninggalkan puasanya sebanyak 5 hari, maka dia wajib membayar Fidyahnya sebanyak 5 cupak beras kepada fakir miskin. 

Fidyah dikenakan kepada orang yang tidak mampu berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa lagi. Maka dengan itu Islam telah memberikan keringanan (rukshoh) kepada mereka yang tidak boleh berpuasa dengan cara membayar Fidyah iaitu memberikan secupak beras kepada orang fakir miskin. Begitu juga kepada orang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasanya sehingga menjelang puasa Ramadhan kembali (setahun), maka dengan itu mereka dikehendaki berpuasa dan juga wajib memberikan secupak beras kepada fakir miskin. Begitu juga pada tahun seterusnya. Fidyah akan naik setiap tahun selagi mana orang tersebut tidak menggantikan puasanya. 

Fidyah tidak boleh digantikan dengan zakat, kerana zakat dan Fidyah adalah dua perkara yang berbeza. Zakat fitrah lain dan Fidyah juga lain. Jika anda terlalu sibuk dan tidak ada masa untuk membayar Fidyah, maka anda boleh wakilkan kepada orang yang dipercayai untuk membayar fidyah anda kepada fakir miskin.

OK.Faham tak kepentingan ganti puasa dan fidyah sekarang ni?



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila Ayraa mula nak menapak..

Hai semua..semalam cuti public kan? hari wesak..emm..boleh tak nak cakap yang aja baru tau wesak ni disambut oleh penganut Budhha..mati2 aja ingat Hindu yg celebrate.adoiii..

Semalam memang aja memaksimumkan masa aja dgn memasak..entah..rasa terrajin tibe2..nak cube..kalau xcube bile nak pandai kan? hehee.. aja buat menu simple jer..

Nasi Ayam Goreng Madu
Cheesekut Oat & Cornflakes
Kek Kukus Coklat


Feedback husben? yummy!!! die xcakap sedap ke x..memang hampeh..tapi tengok makan bertambah letak kek licin maknanya? paham2 sendiri je la..huahaha..tp die ada la komen itu ini sikit.utk masak lebih umphhh!
nak resepi ke? alaa..makanan biasa2 jek...tp kalau nak tahu aja tak ada mixer tau..just ada blender tp blender tu xleh blend bawang cili etc...sebab dah khaskan utk makanan Ayraa..so nak buat sambal cili utk nasi ayam memang menanges la ketuk2 guna lesung..yg sedihnya pemukul lesung tu dah patah 2..terbaik kan? hahaa

Makanya, menu dessert yang aja sediakan aja mix gune blender je..menjadi jugak! Alhamdulillah..

ehh jap..apa kaitan dgn title?hahaha..dengan bangganya Ayraa da mula nak menapak..1-2 je..lepas tu jatuh la..xtahu la kenapa tibe2 die gembira sgt..bile da sekali die cube 3 steps..terus die hepi n excited sgt nak cube jalan tp asik jatuh2 kat kite la..hahhaa..ayraa syg...bru nak masuk 10 bulan 18hb ni..xmaula cpt sgt besar..momy rindu ayraa kecik cenonet..

#penat masak dengan ayraa..die suka sangat gegar2 rak pinggan..xmau duk diam langsung..naseb siap gak.haha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila gaji dah dapat semua ai nak beli.baju raya settle!

Assalamualaikum!

Last weekend aja pergi ke JAKEL! cari baju raya la...semangat ni nak beraya dgn anak..kiki..last year xde mood raya sebab masa tu dalam pantang baru 3 minggu bersalin..ayraa pon kecik cenenot je..skang haaa...sape nk dukung kamu ayraa? dady pon dah komplen berat..dady lagi sanggup bawa beg momy n plastik shoping dr pegang ayraa tau.kekeke

so, we decide this year akan pakai 2 pasang baju sedondon *haruslah*
warna hijau hemmm..hijau ape ye? xtahu nak describe..n blue+purple color..dua2 sedondon dgn ayraa..daddy cari baju lain ye..make sure sama warna.lalalla~

semangat nak buat baju raya bile tailor sanggup terima tempahan..thanks kak mek sudi jahitkan baju kami even sume tailor reject.wuuuu~

owh ye..gaji ambo dah masuk..1 setengah bulan..kayo kejap tgk akaun.miahaha..tp kejap je tu....dah menabur kat byk tempat habes sudah..sengkek balik..

mana aja tabur duet tu?
1) baju raya
2) saving sbb hari tu dah terguna wet saving smentara nak tunggu gaji
3) belanja abah & in law
4) saving for ayraa + baju2 cantek die la..tiap2 bulan berabes.zzz
5) shopping kasut..baju..shawl..harusla..lama ai x shopping tau..sob2
6) kewajipan2 lain...

ni hasil taburan semalam.ngeh3

alhamdulillah..hutang tertunggak sume settle..lepas ni fokus kpd kerja n buat saving byk2..sebab..sebab..lepas ni nak byr komitmen baru...rumah..what? ye....
kami dah dapat beli rumah! yeayyyy...

so standby je la bln2 lps ni. loan kami baru approve.doakan perjalanan pembelian rumah kami berjaya..rumah second and kecik je..xpe..asalkan umah sendiri..:)
bersabarla tunggu 22hb ye syg..gaji masuk awal bln ni...


ok bai!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS