Puasa Ganti & Fidyah...(^_^)

Assalamualaikum! Siapa sini dah habe sganti puasa tahun lepas? angkat tangan cepat..cepat!

SAYA!!!!:)

Wah kauuuu..semangat ye..mentang2 puasa ganti 20 hr..amik kau..kekeke..apesal banyak sangat aja oi? nak buat macam mana..bersalinkan ayraa pon masa 10 Ramadhan...mana taknye kene ganti 20 hr.kui3...proudly announce that i am fully breastfeed sampai 6 bulan dan meneruskan sehingga 9 bulan...selepas tu..sob3.....i have to mix with FM...sebab musabab? masa tu baru masuk kerja baru dan terus ade training selama seminggu...short notice dan xsempat langsung buat stok utk ayraaa..owhh..sedih tau...puasa aja xganti2 pun sebab nk bg keutamaan utk ayraa..bukan sbb puasa mnyebabkan susu xbanyak ye korang....tp sebab kite xjaga makan masa berpuasa..makanya ayraa start mix susu fm since 9 bulan sampai la hari ni...ehh....18hb june..genap 11 bulan dah ayraa!!!!weeee~

ok sambung cite pasal puasa. nak jadikan cerita..bila ayraa dah start mix susu..baru aja ada keberanian dan kekuatan untuk ganti puasa..20 hari tau! aja puasa at least 3 hr seminggu ..isnin sampai rabu atau sampai khamis..depends pada kerajinan..bonus sebab masa awl2 usaha ganti puasa tu aja still xperiod.heee~

lepas 8 hr ganti puasa dan dan aja period..sedeyyy...tapi lepas tempoh tu aja puasa lagi sama la..3 hr seminggu sampaila hari ni! hehhee..nak cakap yg hari ni pun hari kebebasan aja jugak! my last day for puasa ganti..horeeee! Alhamdulillah...makanya lepas ni ade seminggu nak berjimba2 makan di siang hari sebelum kite mula berpuasa kalau xsalah pada hari AHAD 29 June ni..

Jangan buat2 xtau dan xnampak ye puasa ganti ni..hukumnya WAJIB ganti tau! meh nak share info berkaitan puasa ganti ni...


Orang Yang Diberi Kelonggaran Tidak Berpuasa
1.      Orang yang musafir yang tiada tenaga dalam musafirnya oleh berbuka dan wajib ia ganti puasa tersebut.
2.      Orang yang uzur seperti orang tua yang tidak mempunyai kekuatan untuk berpuasa.
3.      Ibu yang menyusu anaknya, kalau di dapati ibu tersebut lemah disebabkan anaknya menyusu dan lemah disebabkan puasa, maka ibu tersebut boleh berbuka puasanya.
4.      Orang Islam yang pergi berperang dan berhadapan dengan musuh Islam, maka dibolehkan mereka berbuka untuk memberikan kekuatan kepada mereka melawan musuh Islam.
5.      Orang yang sakit dan dinasihatkan oleh doktor perubatan bahawa beliau tidak perlu puasa dan jika ia puasa sakitnya lebih teruk lagi.
6.      Wanita yang hamil dan dinasihatkan oleh doktor supaya tidak berpuasa, kerana dikuatiri dirinya menjadi lemah dan akan membahayakan kandungannya, maka wanita itu tidak wajib berpuasa.
Cara Menggantikan Puasa Ramadhan

Orang Islam yang diberikan kelonggaran untuk berbuka puasa Ramadhannya, wajib digantikan kembali puasanya jika ia berkuasa dan sakitnya sembuh selepas puasa nanti. Orang yang musafir yang berbuka puasanya disebabkan tiada kuasa dalam perjalanannya, maka ia diwajibkan ganti semula puasanya selepas bulan Ramadhan.

Tahun pertama orang yang meninggalkan puasanya atau berbuka puasanya, maka ia diwajibkan ganti semula kesemua puasa yang ditinggalkannya. Tetapi bagi orang yang memang tidak mampu untuk berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa, jika ia puasa akan mendatangkan kemudharatan kepadanya. Maka ia tidak diwajibkan menggantikan puasanya dan ia diwajibkan Fidyah kepada orang miskin.

Cara Mengeluarkan Fidyah

Maksud Fidyah ialah satu cupak makanan asasi tempatan yang disedekahkan kepada fakir miskin mewakilli satu hari yang tertinggal puasa Ramadhan padanya. Makanan asasi masyarakat Malaysia adalah beras, maka wajib menyedekahkan secupak beras kepada fakir miskin bagi mewakili sehari puasa. Ukuran secupak beras secara lebih kurang sebanyak 670gram. Contohnya sipulan telah meninggalkan puasanya sebanyak 5 hari, maka dia wajib membayar Fidyahnya sebanyak 5 cupak beras kepada fakir miskin. 

Fidyah dikenakan kepada orang yang tidak mampu berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa lagi. Maka dengan itu Islam telah memberikan keringanan (rukshoh) kepada mereka yang tidak boleh berpuasa dengan cara membayar Fidyah iaitu memberikan secupak beras kepada orang fakir miskin. Begitu juga kepada orang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasanya sehingga menjelang puasa Ramadhan kembali (setahun), maka dengan itu mereka dikehendaki berpuasa dan juga wajib memberikan secupak beras kepada fakir miskin. Begitu juga pada tahun seterusnya. Fidyah akan naik setiap tahun selagi mana orang tersebut tidak menggantikan puasanya. 

Fidyah tidak boleh digantikan dengan zakat, kerana zakat dan Fidyah adalah dua perkara yang berbeza. Zakat fitrah lain dan Fidyah juga lain. Jika anda terlalu sibuk dan tidak ada masa untuk membayar Fidyah, maka anda boleh wakilkan kepada orang yang dipercayai untuk membayar fidyah anda kepada fakir miskin.

OK.Faham tak kepentingan ganti puasa dan fidyah sekarang ni?



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 orang doakan kesejahteraan aja..: