Lilypie Pregnancy tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label pengetahuan am. Show all posts
Showing posts with label pengetahuan am. Show all posts

Kalaulah Hudud Dilaksanakan sekarang....

baca paper hari ni tak? pasal pembunuhan dan kes rogol budak umur 11 tahun kat Klang semalam...huhuhu..Al-Fatihah untuk arwah...:(

KLANG – Seorang kanak-kanak menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila mayatnya bukan sahaja dibuang di kawasan tempat letak kereta, malah mangsa disyaki dirogol oleh penjenayah tidak berhati perut dalam kejadian di Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi di sini kelmarin.
Mayat Nur Amyliana Shuhada Mohd. Noor, 11, yang cuba ditanam pembunuhnya ditemui terbaring oleh seorang gadis di kawasan lapang di situ pada pukul 10.30 malam sebelum dia menghubungi polis.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa dikatakan keluar bermain pada pukul 12 tengah hari dan tidak pulang sehingga malam.
Jarak antara rumah keluarga mangsa dengan tempat kejadian kira-kira 200 meter.
kasihan budak tu tak berdosa!apa salah dia pergi main kat playground..suspek tu umur 19 & 24 tahun...mat pit ke ape? apa yg bestnya ko rogol budak kecik macam tu..nak sangat p la cari pelacur kat Bandar Klang tu melambak...*emo*

Bila membebel2 xpuas hati tu husben lak boleh cakap " kena tengok jugak..ntah2 budak pompuan tu yg gatal ikut laki tu...budak pompuan sekarang umor 11 tahun pon dah pandai main"..jadi? bertambah tak puas hati la aja..leh x aja gaduh malam td pasal ni jek.hoho..tu la lelaki..kalau pon arwah tu bersalah sbb ikut lelaki yg xdikenali..ni kalau ye..siapa mereka nak bunuh budak tu? siapa mereka nak rogol budak tu?

setuju betul dgn statement mak arwah..saya nak kes ni diselesaikan cepat..saya nak mereka yg bersalah dihukum mati macam mana die buat anak saya mati..rasa macam kejam statement mak dia kan...? tapi tula hakikatnya...mmg patut pon..

Kalaulah hukum hudud dah boleh dijalankan di Malaysia sekarang...xkan ada siapa pon berani nak wat macam ni..sbb dalam hudud, mati dibalas mati..tp efeknya..bila semua org melihat dan mendengar, mereka xkan berani lg nak cuba2 wat jahat sampai membunuh. Result? kes2 jenayah berkurangan serta merta..xke bagus? tp "mereka" itu x berani,.hehehehe
 
Begitu indahnya Islam sebenarnya..:D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Mengundi Semua!



Mari lah mari..pergi mengundii

Tunaikanla kewajipan pada negara...

lalalallaa

SELAMAT MENGUNDI WARGA MALAYSIA SEKALIAN..

warga yg bukan malaysia sila duduk rumah diam2..tak pon pegi shoping mana2 yekkk..jangan ada yang menyelit cakap saya nak mengundi sudahhh.hehee

OK...Jom pangkah....tetttt..undi itu kan rahsia..:D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Happy Labour Day!




Happy Labour Day!

Selamat Hari Pekerja!!!



Yeay....tahun ni kiranya dah 4 tahun la aja celebrate Hari Pekerja..eh...3x kot...aja start bekerja on middle of Mei 2010...up unti 1st Mei 2013...saya masih bergelar pekerja..bukan surirumah.hehehe

hello....surirumah pon bekerja tau!lagi la tak bergaji.huhuhu

So...enjoy your holiday...recharge your energy and come back to office with new look..new spirit and new AJA..most important is....sila plan cuti ini untuk berjalan2 ye..

MA...jom berjimba!!yeay!

US:

 11.30 - Appointment @Hospital UMRA..

12.00 - Luncheon....

1.00 pm - PARKSON...sila pergi...sekarang tengah ada warehouse sale.hihihi

dan selepas tu...tak kisah pon nak g mana..balik umah pon tak kisah MA ku sayang.lalalalaa


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gwiyomi...Gwiyomi!!!!

Salam semua...

Sekarang ni tengah demam Gwiyomi kan? Actually aja pon xpaham dan xberminat nak gedik2 bermain2 menari2 dengan style gwiyomi ni..nampak erkkkkk....mungkin i dah season kot sampai tak berminat nak buat2 bnda2 konon cute ni...hahaha

bukan ape..cam memalukan diri sendiri pon ade jugak...ada satu tu kata wat video nak tuju khas buat suami tp konon2 lupe nak hidekan post tu...alaaa.cakap je la nak bagi semua org tgk ko wat gwiyomi..kan...kan?lalalalla~

ha...buat sesaper yang berminat nak praktikkan dance yang semakin hangat di pasaran ni..boleh follow Mr Digi gedik2 macam gambar di bawah eh?hik3


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Suka: Sayang: Cinta

Perbezaan Suka, Sayang dan Cinta

Saat kamu MENYUKAI seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu.


Perbezaan Suka, Sayang dan Cinta

Saat kamu menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,
“Bolehkah aku menciummu?”

Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,
“Bolehkah aku memelukmu?”

Saat kamu mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya.
SUKA adalah saat ia menangis, kamu akan berkata
“Sudahlah, jangan menangis.”

SAYANG adalah saat ia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata,
“Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. ”


SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,
“Ia sangat cantik/tampan dan menawan.”

SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,
“Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku..”


Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu, maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.
Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu, kamu akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kamu akan berkata,
“Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan.”


Pada saat kamu suka padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kamu sayang padanya, kamu akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus.


SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkan. SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan. CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.

SUKA adalah hal yang menuntut. SAYANG adalah hal memberi dan menerima. CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

 sumber: Harian Islam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hukuman untuk Orang Ketiga

Salam semua..berita gempar2...hehe

Kat Malaysia dah buat satu undang2 baru...orang ketiga yg menyebabkan suami & isteri bercerai berai atau bergaduh dan tak hidup bersama boleh kene hukuman denda serta merta tau!auwwwww....sila berhati2 org ketiga yang berkenaan!hahaha...

Petikan dari HARIAN METRO hari ni...:

Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Tan Sri Ibrahim Lembut berkata, tindakan ke atas orang ketiga itu bakal dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan meluas di Wilayah Persekutuan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Akta 559).
“Seksyen 36 membenarkan orang disabit bersalah didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tiga tahu atau kedua-duanya atas kesalahan memujuk lari perempuan bersuami.

“Seksyen 37 pula merujuk kepada kesalahan menghalang pasangan sudah bernikah daripada hidup bersama sebagai suami isteri dan mereka yang disabit kesalahan itu boleh didenda RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya,” 

Makanya...suami atau isteri yang teraniaya sebab suami /isteri korang menggatal dan cari lain boleh laporkan pada mahkamah pasal benda ni..haaa.takut????? 

Begini?


atau begini?



"Ya Allah..jauhi la hambamu ini dari sebarang masalah, bencana dan kemudaratan..Berilah kami suami isteri kebahagiaan yang berpanjangan di dunia dan akhirat"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Siapakah mahram anda?

Salam semua...sekadar renungan diri sndiri & siap yang membaca..

siapakah mahram anda???

Jelas tak jadual ni??? senang je kan nak tengok? amik dari FB tadi...terfikir le sebab selama ni macam mana la aurat aja..iskhhh...*baru nak insaf sikit2...blah...mana boleh sikit2.huhuhu*

Sebab aja dah bersuami..maka aja cuba utk mempraktiskan apa yang aja tau dan yg aja belajar...FYI..aja ni dari aja sek rendah..eh..bukan dari aja belom lahir aja dah ada abang ipar.hehe..so setakat ni sampailah dah umor 20++ ni..aja ada 3 orang abg ipar + 1 kakak ipar..suami sorang je la..bakal dapat abg ipar lagi ujung tahun ni n adik ipar lelaki...so kire sendiri la berapa adik beradik aja.hahahha

InsyaAllah..dengan kehadiran cahayamata yg bakal ikut edd die 24 July...aja nak ubah la sikit2..dah start dari sekarang...kalo dulu selamba bertuala mandi n t-shirt saja..skang x...make sure lgkap suar+baju or kain+baju if keluar dari toilet...berkemban or bertuala? xmungkinnnn.hahaha

dengan keluarga baru even sumtime FIL aja tanya aja ni alim sgt ke? ayah xpenah nampak aja buka tudung?

 terasa gak la tapi aja cube nak praktikkan bertudung n tak bersalam dengan abang2 suami ajadengan pakcik2 suami aja..tapi kadang2 mereka yg hulur tangan..camne yek..huu...aja ade 2 abg ipar belah suami aja..setakat ni banyaknye berjaya la..yang tak berjaya tu pernahla jugak.hahha..susah tau x..diorang suke g mana2 1 umah..yg tak selesanya aja..husben suh pakai tudung..kadang2 die perli je cantek leher...pastu aja perli balik..saya mntak bilik sndiri awak xmau..saya xmau ikut bile ramai sgt bukan mahram awak bising..bile kadang2 saya terbuka tudung awak maafkan la ye...saya pon tau panas jugak...huhu..*jahatnya jawapan aja..

jgn follow yek..ni jawapan yg salah.sepatutnye kena bertudung juga..so lepas kene tegur tu dah xde buka2 dah..kalo g umah in law.. ade adik ipar laki n abg ipar..mmg aja xbuka tudung.kalo just FIL n MIL..aja buka la..sebab wudhu xbatal pon.ngeee..jom sama2 belajar lagi yekkk~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kes Tergempar di Lahad Datu



Rasanya semua dah sedia maklum mengenai kes di Lahad Datu ni kan? dan 2 serangan dah berlaku di Lahad Datu dan Semporna..xmustahil kumpulan ni sebenarnya dah bertapak di beberapa tempat di timur Sabah...apa cerita sebenarnya ni yek? banyak sangat info dan digest sendiri la nampaknya..tapi bagi aja, isu ni sebagai pengajaran kepada kerajaan Malaysia supaya tak memandang enteng soal keselamatan Malaysia. nampak macam Mesia ni aman je kan..kes2 jenayah biasa la tapi xpernah dengar kes tuntutan dari orang luar sampai membawa kepada perang dsb..all info semua kite boleh dapat dr Google, FB tapi sedar tak kita sebenarnya kita rakyat Malaysia ni xmembantu langsung? Daripada hang share2 info yg xsemestinya betul tu baik korang organize solat hajat dan bacaan Yaasin. Minta Allah lindungi Malaysia, polis2 dan tentera Malaysia..ye..kita berhadapan dengan orang Islam Sulu tapi perlu diingat mereka menceroboh negara kita, Jadi kita ada hak untuk melawan balik.. update yang aja baca before ni 2 orang meninggal kan? now dah bertambah 6 orang dan menjadi 8 orang anggota polis dah..dah boleh wat macam cerita BUKIT KEPONG dah..huuuuuu..

Diorang nasihatkan jangan bagtau any update pasal PDRM/ ATM kat mana2 tapi surat khabar UTUSAN sendiri yang sebarkan cerita..macam mana nak cakap ni ye...sila paham dato  tan sri..ni isu keselamatan negara Malaysia..bukan update perang kat Gaza ke Thailand ke..so sila la hadkan sebaran pasal diorang ni yek,,,bahaya utk polis dan tentera..

Kawan suami aja pon dah dikerah ke sana..Go Kapten..Go..bedil mereka habis-habisan...

Takziah diucapkan kepada keluarga 2 anggota polis terawal yang terkorban...

copy dari FB:

Ketua Polis Negara dan isteri serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan salam takziah kepada keluarga 5 pegawai dan anggota PDRM yang terkorban dalam satu serang hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Semporna. Mereka yang terkorban adalah:
1. Supt Ibrahim bin Lebar, Caw Khas, Bukit Aman.
2. ASP Micheal Padel, Caw Khas, IPD Semporna
3. Sjn/D Baharin bin Hamit, Caw Khas, IPK Sabah
4. Sjn Aziz bin Sarikun, BN 14 PGA Tawau
5. Kpl/S Salam bin Togiran, IPD Tawau
6. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, BN 14 PGA Tawau




Al-fatihah.Semoga roh wira-wira negara ini ditempatkan di kalangan orang beriman dan dicucuri rahmat.


Kepada ahli keluarga mendiang, diharap bersabar menerima kehilangan ini dan sesungguhnya seluruh pasukan turut menangisi pemergian beliau.

Berdoala semoga isu ni dapat diselesaikan secepat mungkin. Supaya kita semua masih boleh bebas bergerak di Sabah..hmmm.cakap pasal ni kan...tak boleh ke someone buat siasatan terhadap warga2 yg berniaga di Pasar Philiphina..warga negara atau bukan? juga di Kg Air..sebab masa pegi sana dulu siap orang Sabah (Kadazan) bagitau sana banyak PATI...so? tindakan perlu diambil beb!!jangan pandang ringan sebab xmustahil kes Lahad Datu ni boleh merebak ke seluruh Sabah..huhuu..

*ni pandangan peribadi penulis...xde kaitan dengan sesiapa ye...macehhh

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah Bakal Menantu dan Bakal Mertua..

Salam semua..

Aja ni terpanggil nak bagi pendapat aja berkenaan isu panas la ni pasal seorang bakal menantu yang nak meminang anak gadis si bakal mertua ni.Alaaaa.korang tau kan? dah heboh dah berita ni kat blog & paper. Si Shahnaz & ND Lala tu la..sapa lagi?

Meh baca sini kat OH BULAN..


 
Apa pendapat korang ek? Aja bengang dan geram dengan sikap Shahnaz tu yang boleh dikategorikan sebagai bodoh sombong, berlagak, tak paham bahasa dan ego..Agaknya memang betul lah orang2 kata dia ni panas baran (tengok muka pon tau...) sejak 2 menjak ni banyak sangat cerita diorang keluar sebab hanya pasal merisik..what?????merisik je pon..bukan nikah broooo..tapi pong pang pong pang kat media macam dah nak kawen...siap sound2 bakal mertua lagik..amboiii..xsedar diri sungguh dah ni..

Sharnaaz ni kena ingat dia nak kawen dengan anak gadis ND Lala..bukannya anak yatim piatu..bila dah berkahwin, bukannya ko amik Shila tu sorang..ko kawen dengan d whole family die.belom apa2 aja dah nampak dia akan kongkong Shila ni pastu tak mahu rapat dgn family Shila..iskh3..nak kawen dgn anak die..tolongla...please la buat baik dgn parents dia..xperlu

Kalau la bf kakak / adik aja buat camtu, ingat bapak aja nak terima ke? belom apa2 dh bgtau " yes..saya memang kongkong dia sbb saya nak die jadi bakal isteri saya" amboii statement! sungguh xikhlas dan bongkak okeyyy!

emo sedikit sebab seharusnya Sharnaaz ni bertolak ansur..xpayah keluar apa2 kenyataan kat media..reporter mmg akan cari ko punye tapi ko ada hak utk kata no comments right? sebab kenyataan2 ko tu akan buat lg imej ko kecik macam boleh dipijak2 oleh family ND Lala..he deserve right to reject ur proposal..die deserve utk  tak bagi anak dia kawen..macam Chef Wan penah buat dulu..ingat x? menangis2 serina tu xdapat kawen dgn arwah Hani mohsin..tapi akhirnya..skang dia bahagia dengan restu ayah dia..paham tak kat situ? restu ibu bapa adalah segala-galanya...

xpayah nak berdondang sayang sangat sebab ak rasa harapan Sharnaaz ni memang dah punah..cinta kononnya dengan Shila Amzah akan terkubur macam tu je sebab mamat ni mmg jenis xhormat ibu bapa Shila & kerjaya Shila..so..tunggu ape lg.angkat kaki je..selagi mamat ni still menjawab kat media, memang aja xnampak la die akan dpt kawen dgn Shila unless they all kawen lari.hahah

Me personally akan cari lelaki yg bekerjaya bagus, hormat ibu bapa, family dia & family aja...eh,dah jumpe pon..sori ye MA..bukan ma nak cari lain.kekekekeke~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila Malaysia lawan Singapura...


0-3
Sedih kan? sapa tengok Bola malam tadi..aja yang bukan gile bola pon tengok gak la..tapi lepas separuh masa pertama malas dah..baik ak layan baby Zara yg lasak giler.hehehe

Gawang Malaysia dibolosi Singapura 3 kali...3-0 beb...lu kena beb! memang belum habes main aja dah nampak ramai penyokong Malaysia balik dah..sakit hati gamaknya..malu wooo..

Nampak sangat Apek dah hilang taring...nampak sangat Norshahrul je yg try nak golkan bola..nmpak sgt pertahanan Malaysia lembik..tu la..Harimau dah terlalu kenyang..ini la jadinya..konon2 di bayar 2 juta la..3 juta..sekali beraksi di peringkat Asean dah lemau..apa dah..

Lagu sesuai untuk mereka bak kata Hot FM 'Kosong...kosong..kosong.."

Pantun sesuai untuk mereka..dari Era FM " Jaga2 jaga gawang..jangan ingat pasal kawen..." eh..merepek..sebenarnya aja lupe..kekeke

Peace no war...:D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MAHA 2012

Salam semua..pernah pergi tak event ni? hehee..aja start kenal MAHA ni masa aja study kat UPM..


Almaklumlah kolej kediaman aja & fakulti aja ni bersebelahan dengan MARDI dan Hospital Serdang..So, kalau ada apa2 event kat Mardi, kami le yang awal2 berdezupp ke sana..tak da transport..no hal..sapa nka exercise jalan kaki sendiri la..naek turun bukit yang tak tinggi tapi semput la..kalo malas, minta driver bas UPM -Kolej 17 untuk stopkan kita kat depan gate MARDI dan tanya waktu die estimate balik ke kolej..so set timing sendiri la.hehee.xpon tunggu je tepi jalan tunggu bas MAHA datang.hehe

Owh ya..apa aku merepek ni? MAHA ni sebenarnya expo barang2 pertanian, perladanga...everything about agriculture la..expo ni sangat2 besar okayhhh.satu hari suntuk pon tak habes nak masuk sumer tempat..so badan kena fit la kalau nak pergi.keskeskes

MAHA diadakan sekali setiap 2 tahun dan biasanya bulan Nov- Dec..cuti sekolah le beb...so, kali ni bermula 23 Nov hingga 2 Dec 2012..seminggu lebih...lama kan? So ajaklah mak abah..atuk nenek..abg adik..kakak..semua la...pergi la beramai2 ke MAHA 2012 bertempat di MAEPS, MARDI Serdang..Masuk adalah percuma..makan minum sila bayar la.muahahaha..kali ni kena dengan musim durian..sure berlambak durian dijual dengan harga2 paling murah kat situ..serbu!!!!!


owh tidakkk...aja tak boleh ambil durian buat masa sekarang...sedihnya!!!!!huwaaa

info lanjut boleh la tengok kat website rasmi MAHA 2012 ---> MAHA INTERNATIONAL 2012

Macam- macam ada..

psss: B..jom la...ma nak jalan2 cuci mata sambil beli kerepek banyak2..huhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Burger MCD Free

Salam semua...

Semalam sape ambik Burger McD free yang diorang bagi tu? sape? sape?


aja tak amik.hehe..macam kebulur la sangat nak beratur kat MCD tu semata2 nak ambik burger freee..xkuasa nyah! Baik aku makan sarapan kat rumah yang dah tentu burger benjo aku tu lebih berkhasiat daripada yang dihidangkan kat McD..Kan MA?HEHE

Plus...elok2 je promosi diorang seluruh Malaysia ni lepas Israel bedil Palestin..WT****

Walaupun aku suka makan McD lagi2 Spicy Chicken McDeluxe, perlu kah korang nak ambil burger free yang meraikan kemenangan Israel tu? Baik korang bayar kalau nak makan.. tak ada la rasa terhina sangat sebab meraikan saudara SeIslam kita yang sedang menderita kat sana.huhuhu

Allah....dunia akhir zaman. Israel, aku doakan satu hari negara kamu itu akan ditenggelamkan ditelan oleh tanah sebagaimana tenggelamnya kaum Nabi Lut satu masa dahulu...Bongkak la sekarang..berbangga la sekarang tapi di Akhirat nanti..kaum ni la yang masuk Neraka dahulu.AMINNN...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rebat telefon pintar 3G Januari tahun depan!!!

Yes2...ni la yang aja tunggu2 ni.hehehe..janji dicapati..:D

Baca paper hari ni mengatakan pelaksanaan pemberian rebat RM200 bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G kepada belia berumur 21 hingga 30 tahun mulai 1 Januari tahun depan.

Tapi Kementerian masih meneliti makna sebenar istilah 'smartphone' yang digunakan dan kadar harga yang melayakkan pembeli menerima rebat tunai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2013 di Parlimen September lepas, mengumumkan pemberian rebat RM200 secara one-off bagi golongan belia membeli satu unit telefon mudah alih pintar 3G bertujuan membuka akses maklumat kepada mereka. 

P/s: aja ni sentiasa berangan pakai hp mahal2 sikit..smartphone le senang cite..ada rebate rm200 ni dah bagusla..kalo harga hp tu RM1K..ai dapat rebate 200 dah jadi 800 jek..kan?heeee 

nak ni je..Galaxy Note 11..Boleh? haha


Credit info to : KOSMO 
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buaya gatal naik darat!


hai semua!

takut tak tengok binatang ni? ada terbaca kat paper online jek la...ade buaya sanggup naek ke darat semata2 nak ngappp kucing...mak aiiii...ni tahap bahaya dah ni..dah tak cukup lauk ke kat dalam sungai tu wahai buaya? errr..apa kaitan dengan title? emmm..xde kaitan..orang yang menulis je yang tengah gatal2 ni.hek3


currently kat PD dulu pernah ada kes buaya gigit orang mandi manda kan? omg...takutnye..takutnye..camne ni? kalo kite tengah syiok2 mandi manda suddenly dia datang dengan lemah lengloinya...acaner?

MA mandi sorang2 ehh...ma xmau mandi..malas nak basahkan badan & menonjolkan aset.hahahha..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nak diet atau tak?

hmmm.ade satu isu ni buat aja risau..OBESITI..GEMUK...

Since aja period balik on 17 Oct , i am realize dat i need to do something. Actually, aja tak da la risau sangat sebab tak pregnant even dah almost 5 months kahwin. iyerla..awal-awal kawen hari tu stress banyak sebab nak uruskan rumahtangga lagi..kerja plus dengan kewangan yang tak stabil2 lagi.hehe

Tapi jauh di sudut hati, aja ada sikit perasaan risau sebab ade family history (makcik pakcik sebelah arwah mak aja- tapi lain ayah) yang  ada sampai sekarang tak ada anak...tak ada niat nak mengata ke apa cuma tengah merenung masa depan..eh..janganlah..hari-hari aja doa supaya diberikan zuriat yang sihat, dimudahkan rezeki dan dll. bila ditelek2 adik beradik, sumer subur-subur..paling sikit 4, paling banyak 5..apa dia? cube teka? hehe..

kot2 sebab aja ni chubby sangat , so kesuburan tu kurang la dah..aja studi sains pemakanan, tapi berat sendiri susah nak kawal lagi-lagi lepas kawen..MA asyik suruh masak coz dia nak makan hasil tangan aja n kalau dah masak tak kan bagi MA je makan kan? sure la aja pon makan sekali.haha.

Sooooooo....

I'm thinking to re-consider about my diet..apa yang aja makan selama ni..P.A aja ok ke tak..naek tangga hari2..letak kereta jauh2 bagi penat sikit hari2..kurangkan berat badan yang dah oberdose ni..mahukan berat 50 - 55 kg sahaja..boleh tak aja ni? emm...xmahu makan nasi kerap sangat..emmmm



Hari-hari aja makan nasi tapi biasanya aja kurangkan portion sebab konon2 diet.. Lunch sekarang aja tengah rajin masak di waktu malam/ awal pagi.jadi hari-hari bawak bekal.minta MA duit g pasar beli macam2 bahan end up for dinner & my lunch utk keesokan harinya.hehe..

Sebenarnya nasi @ karbo ni penting tau untuk menjana tenaga sehari2..otak kita hanya terima tenaga dari karbohidrat walaupun tenaga boleh dijana melalui protein & lemak.So, tiap2 hari kena make sure amik karbo at least 30g untuk menjana tenaga supaya otak kekal cergas dan cerdas.

tapi too much of nasi pun tak bagus..so sekarang ni sebab dinner memang wajib nasi, aja biasa amik lunch selang seli nasi/ roti/ biskut..kalau nasi pun dah kurangkan jadi 11/2 senduk jek..malam 1 senduk..sebab kena teman MA makan..MA gedik xmau makan kalau aja xmakan..so daripada dia bising2 hadap je la makanan tu..tp bila dh kunyah2.eh sedap pulak aku masak lauk ni..tambah nasi lagi..cmne tu?
  
Salah satu cara diet tidak makan nasi ialah dengan melebihkan makan lauk. Lauk sahaja dan penuh pinggan tanpa nasi. Diet ni kurang sihat sebab terlebih protein, yang mana tabiat makanan sebegini boleh mengakibatkan kandungan garam dalam badan berlebihan. Organ dalaman kita yang berfungsi untuk pembuangan protein berlebihan dalam badan adalah buah pinggang. Kesannya, buah pinggang kemungkinan tidak dapat berfungsi dengan baik dan sempurna akibat kadar protein yang berlebihan. Buah pinggang boleh jadi terbeban dan menyebabkan penyakit seperti batu karang. Jadi, diet tidak makan nasi ini kurang bijak dan tidak sihat.NO NO NO..Boleh xnak makan nasi tapi jangan skip terus..ambil portion kecil dan selang seli..amik sekali jer nasi setiap hari..

ok semua?
nanti aja update menu & aktiviti ape sesuai and hope aja boleh practise semua tu..MA bising2 gak tengok makin 'sihat'.tapi salah dia jugak.betul x?hahhaa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Chong Wei nak kawen dah!


Hangat-hangat!
 
SELEPAS 11 tahun jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei couple dengan Wong Mew Choo, akhirnya kedua-dua pasangan itu bakal melangsungkan perkahwinan pada November depan.

Untuk makluman, LCW sekarang masih kat Denmark..kan dia menang Terbuka Denmark last week. yang paper2 bagitau, diorang akan wat resepsi  di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 dan 10 November depan. 2 hari tu you alssss...Ni sure Lin Dan la.. Taufik Hidayat..player2 yang femes kat dunia mesti dijemput la..hehe..korang nak pegi ke? ade contest untuk peminat ni..10 orang tak silap yang akan dijemput utk wedding dinner ni..so pandai2 la korang yekk..aja tengok dari jauh sudah...yela..ramai kot!

rasa-rasa lepas ni performance LCW semput tak? ke sama macam dulu? hehe..

gambar2 LCW & WMC..


 
suke 2 gambar ni...

MA!Bawakla orang g Morib Gold Coast..please...nak amik gambr camni jugak..ehhh..boley ke?haha


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Keropok Sedap..korang ade favourite tak?


Pernah tengok, dengar dan makan produk ni tak?



Atau yang ini????



Heheheh..i called it 'jajan' instead of junk food..Lebih sedap didengar dan dimakan kan? kekekeke

Super ring cheese ni memang favourite aja..sedap gila!!!bila makan je aja masukkan dalam jari..bayangkan 5 jari tu aja masukkan satu2 jajan ni pastu makan satu2..habes semua aja pi jilat jari pulakk...slurpppp..sedapnya!

Yang kecil je pack size dia tu aja panggil maruku ikan la..tak tahu kenapa tapi brand ni jugak yang sedap..ada lagi brand yang keluarkan maruku ni tapi yang ni je menawan kalbu..sampai sekarang, tyme mesyuarat bulanan, tahunan and per quarter, HR memang sediakan maruku ikan ni untuk kunyah2..tak mahu kitorang tido kan..so rasuah la dengan tit bits yang banyak.hek3..

sedap sangat sampai aja boleh buat entry pasal dua jenis jajan ni..balik nak mintak MA beli la tyme beli groceries.we still not buy anything for us this month.busy2..

Semalam aja berjaya ke pasar semalam & beli sedikit sayur (RM4), Ayam separuh (RM7) dan ikan2 dan sotong (RM12)..haaa..jadik la kan? 

rasa-rasa macam xbeli la this week sebab aja keje sampai khamis je minggu ni..jumaat cuti amik my little gaga..(uwaaaaaa..rindu!) lepas tu nak bersiap untuk 2nd escape toooooooooooooooo

CAMERON!!!!!!

Yeyeyeye..sila lompat-lompat sekali keyh!



p/s: kene tulis kat sini sebab kalo MA skodeng blog ni dia tau aja tak boros keyh..aja beli ikut duet yang dia bagi jek..:P

discover the uniqueness of PETRONAS HERE...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Undian semula bermula hari ni!


Baca ni..baca-baca!!!


Universiti Malaya (UM) akan mengadakan pengundian semula esok di dua fakulti yang mencatatkan keputusan seri dalam pilihan raya kampus Selasa lalu.

Menurut Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar, Naib Canselor Tan Sri Ghauth Jasmon bersetuju pengundian semula diadakan di fakulti pendidikan dan fakulti sains komputer dan teknologi maklumat.

Pemilihan di dua kerusi dinantikan-nantikan kerana ia akan menjadi penentu kepada kemenangan kepada dua musuh tradisi Pro-Mahasiswa dan Pro-Aspirasi.

Kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) menang 20 kerusi, diikuti rapat Penggerak Mahasiswa (pro-Aspirasi) mendapat 19 kerusi, sementara calon Bebas meraih 2 kerusi.

Situasi genting itu seakan-akan "parlimen tergantung" (hung parliament) apabila kedua-dua pihak tidak mendapat majoriti cukup bagi membentuk Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) di UM.

Pengundian baru itu akan diadakan di kedua-dua fakulti berkenaan mulai  jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Calon yang bertanding bagi Fakulti Pendidikan ialah Maiyamin Md Nor dan Malik Syam Mohammed Latif, manakala calon di fakulti Sains komputer dan teknologi maklumat ialah Muhamad Alif Jamaluddindan Neo Yew Boon.

"Untuk makluman sebarang aktiviti kempen dilarang sama sekali dan pengumuman keputusan akan dilakukan oleh naib canselor menerusi laman web UM pada jam 5.00 petang hari yang sama," notis makluman itu dipetik.

P/S: Teringat zaman2 pegang jawatan as MTM Kolej 17, UPM for almost 3 years..xsampai 3 tahun la..2 tahun lebih.. tiap kali Pilihanraya Universiti, kami-kami jadi mangsa jadi 'jaga' di waktu subuh, tengah malam, petang, pagi dan sewaktu dengannya..menakutkan..macam tengah pilihanraya betul2 okey.hehehe...

miss my team so much!apa khabar korang sumer sekarang ehhh?mana gathering?:)

sumber: MALAYSIA KINI 

jom pakat-pakat g PETROSAINS...KLIK Link di SINI kalau nak tengok perkembangan tempat tu..macam-macam ade..pssss.tu tempat ai dating zaman kanak2 dulu.agagagaga~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Labels

anak (2) baby (4) baju (6) barang baby (4) barang hantaran (4) bunga pahar (1) butik pengantin (3) cinta (3) contest (9) doa (7) doorgift (1) drama (2) dream (1) dulang hantaran (1) expo (1) filem (4) guest book (1) hiburan (2) holiday (12) honeymoon (6) kad kahwin (1) kehamilan (34) kek kahwin (1) kereta (1) kerja (1) Kesihatan (5) lagu (4) makan (6) menu dan masakan (8) nikah (1) nuffnang (6) others (2) pengetahuan am (18) perkahwinan (11) permohonan perkahwinan (3) personal life (42) plan (10) rumah (5) shoes (2) tetamu (1) theme (1) tunang (5) veil (3) Wordless Wednesday (12)