Lilypie Pregnancy tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Cerita Jiran nak jual rumah...

Salam semua..

remember post aja before ni yang aja membebel-bebel pasal owner rumah yang kami nak beli ni..tak ingat rujuk SINI 

dia call lagi semalam tyme MA kerja..dan kali ni MA terangkan elok2 kenapa dia tak mahu bagi RM1K seperti yang diminta oleh owner tu..pakcik tu sangat-sangat tak puas hati sebab dia kata memang la kalau beli rumah macam tu..orang lain boleh je bayar deposit sebelum beli rumah..Pak cik oii..kalo rumah baru beli, deposit tu as cagaran dan bayaran peguam dan lain2 kos..bukan untuk company..so kalo ikutkan deposit yang kami kena bayar adalah bayaran kepada bank.sebab MA guna peguam bank je..bukan kepada pakcik yg banyak songeh ni..betul tak? nah..tengok panduan ni yang aja copy dari blog AYAH SU

Panduan Beli Rumah Second-Hand

1. Hubungi penjual/ejen dan tanya harga.
Cari rumah yang nak dibeli. Sebelum tengok rumah, tawar harga semurah mungkin. Periksa juga "market value" rumah tersebut. Lebih elok kalau boleh dapat beli rumah dari tuannya sendiri.
Yang lebih penting periksa status rumah tu, dah tukar hak milik strata atau belum, kalau masih atas nama pemaju dan pemaju sudah mengalami kebankrapan, mungkin kesulitan akan timbul kerana memerlukan masa yang lama untuk "liquidity" rumah tersebut.
 
Ni beli rumah dari tuannya sendiri..ingat lagi mudah tapi jadi lagi sakit hati..

2. Pergi tengok rumah.
Tanya banyak soalan. Dan cek semua benda. Yang penting, tengok kalau ada problem besar yang mungkin perlukan major repair macam bumbung bocor, piping problem, tekanan air rendah, wiring dalam dinding, dll. terutamanya rumah yang dah lebih 10 tahun. Borak dengan jiran dan pekedai kawasan sekeliling, takut2 ada problem yang kita tak tau macam selalu banjir, bekalan elektrik tak elok, gangguan orang minyak, dsb.
 
MA yang pergi tengok dengan jiran kami..So far okayla tapi die buat renovation sangat2 teruk..main tampal, pecah, simen balik..sangat2 tak cantek la..

3. Minta extra diskaun.
Sebutkan semua kekurangan yang ada pada rumah pada penjual/ejen (walaupun remeh macam cat tak kemas, sinki tak lawa). Tujuannya untuk mintak diskaun tambahan hehe. Penjual pun pressure nak jual, so jangan segan nak tawar.
 
Dapat diskaun tapi tak banyak..RM2K je..harga die nak jual RM90 tapi kami dapat RM88K...low cost ke? ye..low cost landed house..double storey.hehe

4. Bayar deposit 3%.
Sediakan duit 3% dari harga rumah. Hati-hati sebab ada jugak ejen/penjual rumah penipu. Kalau dah ada lawyer, lebih baik bayar melalui lawyer. Kalau bayar direct, elakkan bayar cash. Gunakan cek. Kalau takde buku cek, buat bank draf, senang je. Minta resit sebagai bukti bayaran.
 
Ni sepatutnya tak ada sebab beli direct to owner..deposit akan dibayar kemudian.

5. Cari lawyer.
Cakap untuk tujuan beli rumah. Tanya lawyer tu banyak case tak dia handle sekarang, takut dia sibuk. Warning dia awal2 yang urusan ni mesti diselesaikan cepat2. Lawyer akan drafkan perjanjian jual-beli (sale & purchase agreement).
 
Guna lawyer bank yang MA appply loan je..tu lembap.

6. Apply loan.
Apply la loan di beberapa bank. Sebabnya, kadar pinjaman ni berubah2 setiap bulan. Bulan ni Bank A murah, bulan depan Bank B pulak murah. Kadang2 bank sama tapi cawangan lain pun beza2 rate loan. Ni boleh jadi kalau cawangan bank tu tak cukup lagi kuota keluarkan loan bulan tu. Kadang2 kita boleh tawar menawar rate pinjaman tu, contohnya kalau kita: dpt better offer dari bank lain, ada rekod ccris cantik, beli rumah yang mahal, ada byk duit dalam fixed deposit, dll. Kalau tak lepas, cuba apply loan dari mbsb atau syarikat insurans.
 
Still ODW...baru sebulan submit...sabar2..tapi owner yang tak sabar..sepak kang...

7. Sign S&P Agreement.
Bila loan approve, penjual akan sign s&p yang lawyer dah sediakan.
Lepas tu boleh la keluarkan EPF akaun 2 tu.....seadanya termaktub kepada EPF dalam 20% maksimum untuk rumah pertama. Suami isteri boleh keluarkan, jadi boleh la cover balik 10% deposir rumah dengan bayar lawyer tu.
 
Belum lagi...

8. Bayar baki 7%.
Bayar baki 7% dari harga rumah, melalui lawyer.
 
ini la duit yang patut dibayar kepada owner..

9. Lawyer buat kerja
Ni proses paling lama, mungkin 2 bulan, mungkin setahun. So rajin-rajinlah follow up. Call lah sekali seminggu tanye status terbaru. Lawyer ni selalunya buat keje ikut siapa yang push dia. Tak push, memang slow. Bayar lawyer lepas keje dia dah siap sepenuhnya. Jangan bayar lawyer tu awal,nanti dia dah takde inisiatif untuk selesaikan cepat.

10. Dapat rumah!
Bila semua urusan lawyer settle, bank kita akan release duit pinjaman kepada penjual. Rumah jadi hakmilik kita dan penjual akan bagi kunci rumah. Jangan lupa tukarkan air, letrik tnb dan indah water jadi atas nama kita.

So...xpe..ni first experience deal dgn rumah 2nd hand..lepas ni xmau dah..pakcik tu siap ugut2 kata ramai lagi tunggu nak beli rumah die tu..eleh...blah la pakcik..kalau ramai sangat, apasala pakcik desperate sangat hari2 call laki aku..caittt..

mood geram sungguhhhhh

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila MA migrain..

Salam semua..

Semalam MA sakit..dia kena migrain..muka toya je balik kerja terus bummm kat sofa..Aja kalo MA dah kena migrain memang malas nak tolong sebab ditolong laaagi dia sakit..hehe..so bagi die ubat je la..nak panadol tapi aja bagi ubat sakit kepala..better la kan?

asyik2 makan panadol..xbagus you!!!

So, angan2 MA yg kata akan tolong aja masak..basuh abju..sidai baju..basuh pinggan since pregnant ni terkubur la..aja plak yang layan dia.hehe..xpe la. syg..sekali sekala ku maafkan.selalu? jgn la selalu migrain..susah ma ni b..huk3

Bila dia migrain..semua dia xmau..kecuali ubat..makan pun xmau sedangkan aja balik kerja berhempas pulas masak sup ayam +sayur2 untuk dia..actuali ayam xde...sume tu leher ayam la..kaki ayam la.benda yg MA xmakan tapi aja makan.kui3..so untuk MA sayur2 tu je (carrot, kentang, tomato)..hik3..tapi lauk aja tak laku sebab dia xmau makah even wife dia nak suap..gedik punye budak!

dia migrain sebab kerja..tp kali ni plus dengan sorang pakcik ni punye perangai.. nak jadikan cerita kami tgh apply loan utk beli rumah dia..2nd hand la kiranta..landed house..3bilik umah 2 tgkat..tapi x settle lagi paham je la urusan bank..sekali pakcik tu dengan tak tau la malu ke tak nak mintak duet deposit pulak.mak aih..pakcik ni..melampau! urusan bank tak settle lagi.SMP xsign lagi..senang cerita xtde doc bertulis lagi dan sign apa2..dia asyik call untuk minta duet deposit rumah sebanyak RM3K.dia ingat kita ni sewa rumah dia apa..kami nak beli la pakcik!

Semalam dia mintak lagi dan kali ni dia kata nak 1K dulu je..Dia kata dia nak bayar duit persekolahan untuk anak-anak dia..kan nak start cuti sekolah.. Pehal pakcik...anak ko yang nak sekolah..bukan anak aku..takkan buku baju anak ko, kami pulak yang kene bayarkan..melampau la tu.perjanjian is tetap perjanjian..once agreement settle baru bagi deposit..betul kan macam tu?

Aja lak tensen dengan apa yang berlaku dan aja tau bnda ni jugak buat MA migrain sebab MA xreti nak cakap tidak..aja siap ugut dia cakap kalo dia bayar deposit tu sekarang aja buat bantahan terang2 an dan akan marah MA lama2.hehe..aja kurang setuju sebenarnya MA beli rumah tu sebab kalau boleh aja nak rumah yang baru..cantek.terus masuk xpayah nak fikir renovate apa2..ni sah2 rumah dia terukk . walau pun tak pernah pegi tapi dapat rasakan sebab bila pakcik tu asyik2 mintak duet deposit, aja pun dah tawar hati..siap cakap kat MA, berani tak MA cakap sorry pakcik..loan sayan tak lepas..kami xboleh nak beli rumah ni..boleh tak? hehe...sakit ati!

murah memang murah sebab rumah tu kos rendah harga sekarang 80K+++..sebab die konon2 renovate rumah tapi sebenarnya yg buat tu rumah sebelah..rumah dia tumpang sekaki je..smbung belakang jek..kalau tak boleh dapat lagi murah..

MA kata nak buat investment..rumah sekarang mahal2 dan cekik darah..kita xmampu beli yg mahal2...ada peluang beli rumah murah, depan rumah luas dan bukan berhadapan dengan rumah lain..sapa nak bagi? So..ikutkan aja la..malas nak bercakaran dengan suami sndiri.lagipun duet dia..bukan duet aja..kalo duet aja? no wayyyyy!haha

So..alkisahnya..bile MA migrain..aja pun naik darah.hahaha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rumah Lelong



Siapa nak beli rumah angkat tangan?


area kawasan perumahan aja sewa sekarang ni ada banyak property lelong..murah lagi kawasan ni even kawasan sekitar harga melambung macam ape ntah..2 tgkat 20 x 70 dah rm500K++..gilerrrr...

Sebenarnya kawasan rumah aja ni di Sungai Kapar Indah, Klang...10 mt dari Setia Alam..berjiran dengan Alam Perdana..near to Klang Sentral..dua-dua kawasan elit tau..tapi harga rumah dia macam yang korang leh tengok di atas. RM63K!!!hehe..rumah 2 tingkat..tapi kos rendah punyer la..tapi jiran2 aja dah renovate umah2 diorang jadi cantek & mahal wooo..sebab space tanah diorang depan belakang adalah sangat2 besar..so kalau renovate belakang boleh jadi 1 bilik lagi & kalo tambah depan besar jadinya ruang tamu..syiok kan? kalo ada duet.hehee..

Now, MA tengah usaha nak beli rumah jiran aja..die jual RM87K sebab dia dah renovate sikit rumah dia..tambah belakang dah..dia nak balik kg dia dah so nak let go rumah yg dia duduk tu..so tengok la nanti macam mana..tapi aja dah cakap, if nak stay sana terus & duk siti, boleh but make sure lepas beli terus renovate..cat baru..bagi cantek..then baru pindah.heeee.

Bank ape yang better offer eh? MA dah submit kat OCBC & RHB..Tengok lepas ke tak..xkan xlepas lak kan umah xsampai 100K.hihi~

MA kata cube tgk whether loan dia lepas ke x sebab MA xde borang EA lagi..baru 10 bulan keje..kalo xlepas, suh guna loan aja plak..tapi die yg bayar bulan2..lagi haru..guwe ade kerete (even bukan nama guwe)..ade invest ASB..ade insurans..bil umah kg..adehh2..lepas ke?

tengok jer la nanti yek...:D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aktiviti hujung minggu bermula!

Salam Alaik..:D


Hai semua...yeay! hari ni dah Jumaat! balik kampung..lalalala.balik kampung.heee~


So, petang ni, heading to my hometown, IJOK..Sape nak follow? meh2..
Esok nak g survey rumah sewa yg dicari oleh MA..Nak survey jugak rumah idaman MA yg dia berangan2 nak beli.still kosong okayhhh..hehe.


Then, bersenda gurau dgn MA (hik3), g tempah spec baru...(saya rabun okeyyyy)..spek skarang xmacho langsung..ai nak pakai new spec..xkira!:P


Lepas tu ambik semua barang2 hantaran MA utk ku gubah & hias bersama Kak Long.hehehe..


Balik kg bukan saja2 key..start sekarang dah kene hempas pulas bersihkan rumah lagi2 bilik penantin..(opssss)


So, kena make sure sume clean..every weekend kene balik utk kemas okay..ade lagi 42 hari a.k.a 5 minggu je untuk bersuka ria as single and after tui.huhu...sedih pulak nak tinggalkan zaman kemalasan, zaman anak dara, zaman bangun lambat.uwaaaaa....


#Lepas kawen nak malas2 jugak boleh?:)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

rumah..rumah

Salam semua!


tengah pening nak cari rumah untuk selepas kahwin ni.huaaaa...pening2


aja cadang nak sewa je dulu sebab xmampu lagi nak beli rumah..duit deposit pon xada lagi..so bergaduh mulut jugak la dengan MA sebab die nak stay kat Sg Kapar Indah a.k.a. dekat2 dgn rumah famili die..eeee.perlu ke???


aja bukan xsuka duduk sana tapi aja kalo boleh nak elakkan duduk dekat2 dengan mertua or umah sendiri..macam kes aja..hometown aja kat Ijok, MA kat Sg Kapar Indah..so aja nak duduk tengah2..aja xnak makan hati bile MA asyik2 nak ke rumah die..xmau2..aja suggest kat MA nak sewa kat Puncak Alam atau Saujana Utama (ni beli kot!) or Meru..haaa.tengah2..xmau tiap2 petang MA balik umah mak.eeee.sakit je hati kang..


Aja nak berdikari..xkisahla susah ke senang biar berdua..kalau boleh xmahu bergantung dgn keluarga masing2 sgt macam MA..die mmg dah manja sgt tu yg gedik kalo boleh umah sebelah mak dia..tensen je dgr.


Tak salah kan aja nak berdegil jugak? aja suke famili PIL ehh3..bakal2..diorang sporting jek cuma aja mmg xnak duduk 1 kawasan dengan mertua..waima keluarga sendiri.xmau!nak ada perasaan hujung minggu balik kg.ni kalo dh dekat sgt2 kang ada yg hari2 merayap g sana.xmau.hehe


ciri-ciri rumah idaman:

a) rumah teres atas tanah bukan atas rumah orang (MA punye syarat besar ni!)
b) At least ade 3 bilik sebab 1 bilik for us..1 bilik for tempat simpan baju & barang2  n another one for guest.

c) berdekatan dengan tempat kerja..Aja kat Glenmarie, MA kat Meru, Klang..which location better? and cheaper?hehe

d) Bukan terletak di Kapar or Bukit Badong.muahahaha~

bestnye dapat rumah macam ni..*berangan*


hopefully, aja akan dapat rumah yg sesuai..center & senang nak access sebab aja keje kat Glenmarie, MA kat Meru.aja cakap kat dia..patutnye biarla rumah tu dekt dgn tmpt kerja isteri, bukan husband. SEBAB...awak banyak songeh..nak sy masak n kemas umah hari2 kan..so kene dekat ngan tmpt saya.bukan tmpt MA..ngeeee.




#selamat mencari rumah aja.cpt2..masa dh suntuk..>_<

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Labels