Lilypie Pregnancy tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

MA Kesayangan


Salam petang semua...

Petang-petang ujan2 ni best ni kalo dapat bantal & tido kan? fuhhh...
 
comell tak ini budak? ahhaha...suka sakat budak bucuk ni & letak gambar die yang comot2 kat FB la..mana2 la..nnti die marah sebab malu.gediks sungguh..ni sape?


Ni la MA saya! MA yang gedik, konon2 macho..konon2 hensem..rajin..kuat tido.kuat makan.& segala2nya la..hehe

aksi di bawah konon-konon dia tengah menari gangnam style lepas borak2 dengan jiran sebelah..sila abaikan ruang tamu yang agak tak cantek sebab kami duduk umah kecik je..hehe..yg bulatkan warna merah tu beg album kahwin kami..nak tengok? mehla datang rumah!


Walaupun saya suka gaduh dengan kamu..walau pon saya suka majuk dgn kamu..bebel2 sorang diri..saya memang sayang kamu MA..Kamu sgt sweet dgn cara kamu..even kamu x romantik lgsung.haha

I LOVE U SOO MUCH!!!!



P/s: ni countdown for tomorrow..ape die? Tekalah sendiri:D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petanda2 Dia Jodoh Kita.InsyaAllah

                                                

1.Bersahaja


Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon.  Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang Bersama


Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3. Terima Kita Seadanya


Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur


Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. 


5. Percaya Mempercayai


Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama


Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. 

7. Memahami Diri Kita


Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. 


8. Tampilkan Kelemahan


Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. 


Aja petik dari  Artikel iluvislam.com.
Credit to them for luvly articles.


Aja sendiri masih dalam proses menyesuaikan diri dgn MA even dah nak kawen pun dah..so, adatlah kalao bergaduh..sedangkan lidah lagi tergigit..apatah lagi lidah manusia.hahaha..so, to couple yg masih bercintan2 tu, fikirkan..ini ke yg u als nak? Dia kah insan terpilih itu? Fikir2 kan... >_<

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CONTEST "CINTA KAMI"

Salam semua!!(^_^)

Aja tak tahu kenapa aja makin rajin join any contest..xtahu la boleh menang ke tak tapi macam suka nak join.isi masa lapang.hehe..

Actually aja baca kat blog nora saniey..wooo.sweet gilak cite cinta dia..so now it's my turn to "pecah rahsia".hehe~ [Amaran: entry ini panjang sangat.woooo~]

Ok..contest ni sebenarnya dianjurkan oleh Miszaliya dari MISZALIYA MAKEUP STUDIO..boleh refer segala-galanya pasal contest ni di SINI..('',)~

 Ahaaa..nampak tak hadiah yang ditawarkan? nampak? kalo tak mari aja terangkan lagi:


Syarat-syarat untuk sertai contest ini adalah...

1)BUAT ENTRY MENGENAI CONTEST NI KT BLOG KORANG
2)CERITAKAN MENGENAI CINTA ANDA BERSAMA PASANGAN, MASUKKAN 1 KEPING GAMBAR ANDA & PASANGAN.
3)PASTU MINTA KAWAN2 BLOG OR SAPE2 SAJE TINGGALKAN KOMEN KT BAWAH ENTRY KORANG.... MINTA DIEORG TULIS "VOTE" pastu masukan nama n blog/fb dieorg kt komen tuh...

Tarikh tutup adalah pada 31 Januari 2012..(lama lagi ni..meh2 vote aja)

 Hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah!!!!jeng.jeng jeng!

CONTEST "CINTA KAMI"
ANDA AKAN DISPONSOR JIKA TERPILIH SEBAGI PEMENANG
ANTARA HADIAHNYA....
~PELAMIN SANDING atau
~PELAMIN MINI atau
~MAKEUP 1X atau
~BUSANA & AKSESORI atau
~BUSANA+AKSESORI+MAKEUP 1X atau
~BUSANA+AKSESORI+PELAMIN MINI

 Menarik kan hadiah yang ditawarkan..sebagai B2B yang bakal berkahwin pada June 2012, contest ni memang menarik debommm!hehe..
So, tolong aja VOTE untuk aja menang salah satu daripada hadiah yg ditawarkan ok?
sayang semua  *_*

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 CINTA KAMI bukan macam CINTA MAJNUN KEPADA LAILANYA.bukan macam CINDERELLA & PRINCE..dan tak seperti cinta HARIZ & IZZAH..namun..CINTA KAMI tetap mekar mewangi bagai cendawan yang tumbuh melata lepas hujan..(^_^)



Nama saya SITI HAJAR..tapi saya suke org panggil saya AJA je.hehe..ni pakwe saya.ehh.ehh.bukan.ni pakwe@bf@tunang@future husband saya..Nama dia AMIR tapi saya suka acknowledge dia as MA di blog. Umo sebaya dengan saya. Saya asal Kuala Selangor, dia dulu pon sama tapi sekarang menetap di Kapar, Klang. 

Sebenarnya kami sekelas sejak dari sekolah rendah lagi.tapi selepas tu terpisah bila masing2 melanjutkan pengajian masing-masing..hampir 10 tahun tak bersua, dan akhirnya FACEBOOK menyatukan kami..sebab tu kami suka lagu "CINTA MUKA BUKU".lalala~

Macam ni lagu die kalo ada yg taktau..:

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..

dan seterusnya sambung sendirik!
 
Macam saya bagitahu, kami kenal balik selepas MA add saya di FB..sekitar November 2009..saya bolayan je dia masa tu sebab saya dah ada boyfren masa tu & sedang ada konflik yg maha hebat sampai saya decide untuk clash dengan ex-bf saya. 

MA masa tu saya anggap kawan sahaja..tempat nak me'nyengal'..bcoz he used to be my ex-classmate during childhood..So, kita banyak share cite2 lawak dan gembira masa kecik-kecik..

Teringat satu kata-kata dia dulu ,
" Dulu awak sombong, tak pandang saya langsung.Awak comot, tapi tak sangka sekarang dah jadi cantek sangat" auwwwww.tersipu-sipu saya mendengar..('',)~

Kami berkawan sahaja ye.just berhubung melalui alam maya, sampai la suatu hari saya rasa saya rindu die sebab die xcontact saya..masa tu die tgh struggle for final exam.


Mula-mula memang saya menidakkan rasa suka tu sebab saya baru je clash dgn ex-bf saya..tak seronok la kan macam senang sangat nak jatuh cinta*taksuketaksuke*..

Tapi memang saya rindu dia dan seronoknya dia kata dia pon rindu saya.susah nak study.mak tiap2 malam saya on YM untuk teman die studi.

Bile dia propose saya, saya tak mahu sebab saya tak sedia lagi (tapi dlm hati suke..>_<)

Tapi dia kata " Saya nak jadi sebahagian dari kisah manis & pahit dalm hidup awak.Bagi saya peluang tunjukkan pada awak saya benar2 ikhlas berkawan dgn awak"

*terharusangat*(*_*)
So, saya decide untuk terima dia..mudah je kan? tak tak..tak semudah tu. First date kami, MA datang rumah saya jumpa ayah saya minta izin nak bawak saya keluar.hehe.merah padam muka dia masa tu.saya gelak2 sweet kat celah2 pintu..curik2 dengar.comel kan? gelabah gila die kene soal siasat dgn bos besar. Lepas tu baru dia bawa saya keluar. Berdebar gile sebab saya tak pernah jumpa dia since 10 tahun yg lepas dan hari tu saya DATE dgn MA for the first time! Kami declare couple before jumpa face to face..pelik tak pelik?hehe

MA bagi saya hadiah teddy bear besar yg sangat comel named Bibi & sekuntum bunga mawar merah  [plastik hokeeee.grrr].

He said ,
" Kalau saya bagi bunga betul, nanti cepat layu..takmau layu sebab saya takmau cinta saya layu macam bunga tu" 

Errrr.betul jugak kata dia..makanya sampai sekarang saya simpan 2 hadiah berharga dari MA.sebagai ingatan our first date.hehe

SO, Kami declare pada 12 Februari 2010 tapi saya tak pernah cakap ILOVEU..sebab saya tak yakin.Tapi lama-lama saya jatuh sayang pada dia.walaupon kami jauh {hubungan hanya dengan Facebook, YM & SMS}, dia ambil berat tentang saya n sedia mendengar..dan saya tak ragu2 kata ILOVEU & dia dengan muka blurnye jawab ILOVEU TOO.hehe. 

Dia terima seadanya saya.kekurangan dan kelebihan saya. dats y I LOVE HIM SO MUCH!

Kami dah bertunang pun selepas setahun bercinta..dan bakal disatukan tahun depan..
memang Februari adalah bulan CINTA buat kami plus saya pon lahir pada bulan FEBRUARI.
 Naseb tak kahwin bulan Februari jugak.hehe..Moga-moga cinta kami sampai ke Syurga..Amin..

Banyak lagi kisah2 pahit manis tapi rasanya cukupla..kang ada yg lempang pipi saya laju2 kang.takutttt!!!hihi..

jadi, apa kata korang? VOTE post aja ni ok?
Sila komen entry aja ni dan jangan lupe tulis VOTE dan sertakan link FB/ Blog masing2..

thanks guyzzzzz..jasa baik korang takkan aja lupakan sampai bile2.(",)~

Again!!!!US.heheh


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Labels