Lilypie Pregnancy tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Memori Tercipta...

Salam semua...

suke Shila Hamzah tak? ni dia ada menang Asian Wave..no 1 you allllsssss..!!clap3.. tahniah Shila..berbaloi usaha ko dari umur 12 tahun dari orang langsung tak pandang ko sampai la orang dah terpegun dengar suara ko..apa nama ko dulu? Shila Tekno? hehhee..apa2 pun, kejayaan tu perlu disertakan dengan DUIT (Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakkal)..kan?

siapa2 boleh berjaya kalau kuat berusaha..So, apa lagi.chaiyokkkk!!!

Baca berita selanjutnya di bawah ye..:D


Bak lagunya sendiri Memori Tercipta, penyanyi muda itu memperoleh kenangan terhebat dalam sejarah kerjaya seninya. Dia kini superstar baru Asia. Siapa pernah menduga, bintang muda berbakat besar berusia 22 tahun itu punya peluang luar biasa apabila diangkat menjadi juara Asian Wave 2012 sekali gus menewaskan wakil-wakil dari negara Asia lain di Shanghai minggu lalu.

Itulah hakikatnya. Meskipun kemenangan itu disifatkan rezeki dan ketentuan, sesuatu yang sukar disangkal adalah usahanya selama ini dan kesungguhannya yang tidak sesaat terpadam dalam mengejar impian.

Jelas Shila yang pulang ditemani ayahnya, N.D Lala, ibu dan Pengurus Besar Badan Hak Pelaku dan Persembahan Artis Sdn Bhd (Prism), Ong Peng Chu, pengiktirafan yang diterima adalah cenderahati terindah buatnya yang sekian lama menanti.

Jika ramai yang masih tidak mengerti, Shila berjaya melepasi kesemua cabaran yang diberikan dalam pertandingan yang memasang objektif mencari penyanyi terbaik di peringkat Asia bagi diletak menjadi ikon.

Julung kalinya dianjurkan, Asian Wave 2012 disenaraikan sebagai program televisyen yang paling ramai mendapat sambutan apabila lebih dua bilion penonton menyaksikan pertandingan itu.

Bukan sekadar menewaskan 60 penyanyi lain yang mendaftar, malah lebih membanggakan lagi, gadis jelita yang boleh berbahasa Inggeris dengan baik dan memahami bahasa Cina selepas menerima pendidikan bahasa itu lebih lima tahun ketika zaman persekolahannya itu turut dijulang tinggi oleh kesemua barisan juri.

Shila menerima jolokan ‘superstar’ oleh penyanyi terkenal juga juri, Eric Moo selepas berjaya membuatkan seluruh dewan bersorak untuknya dengan menyampaikan tiga lagu di malam kemuncaknya termasuk Gemilang nyanyian asal Jaclyn Victor, Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu berbahasa Cina, Zheng Fu yang dipopularkan penyanyi tersohor Na Ying.

Tatkala pusingan separuh akhir lagi, Shila menyampaikan lagu popular nyanyian Adele, Set Fire to The Rain dan Forever Love (Wang Lee Hom), seluruh dewan sudah tertumpu padanya.

Selain trofi kemenangan juara Asian Wave yang tidak henti dibelek teman media dan peminat-peminat setianya yang menanti di KLIA itu, anak sulung empat beradik ini turut diberikan Dana Perkembangan Kerjaya sejumlah RM5 juta yang dikongsi sama dengan tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan itu.

Malah lebih pentingnya ucap Shila, peluang untuknya menembusi pasaran China yang berpuluh ganda lebih luas dari Malaysia adalah keutamaannya ketika ini.

“Jujurnya saya sangat gembira dan bersyukur kerana tidak mudah untuk kita menembusi pasaran besar mereka. Mungkin inilah permulaan buat saya dan doakan saja yang terbaik,” katanya yang mengakui sudah ramai penduduk di China yang mengenalinya selepas muncul dalam Asian Wave 2012. ....

Sumber: Harian Metro

P/S: Ni la kaedahnye kalau dah malas nak menulis..semua orang dah tulis pasal Shila kan? So, aku just share ape HM cakap kat sini la.hehe....

iklan lagi...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saya single but not available!

Ehhh..bukan aja tu..bukan..bukan..aja memang single tapi available..ehhh?? jap.ko dah kawen la aja..ehh..yeke?alahai..sorry dek non..i tak available la dah.kekekee

So, sape yang aja maksudkan ni? its Yuna! kenal tak Yuna.. ala,.yang nyanyi 'Dan Sebenarnya'..lagi? Terukir di Bintang"..lagi? ntah banyak sangat lagu dia..tapi honestly i really like her song..Lantak pi la sape2 yang tak suka suara dia ke apa ke..tapi aja suka lagu die since dia belum terkenal lagi..tyme tu lagu dia ade kat Myspace jek.hehe

kan si Yuna ni kapel dengan Qi chomell tu kan? dulu la..sekarang idak..nah..baca sendiri berita ni..


Yuna Zarai dan Qi Qushairi sudahpun tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa dengan Qi Qushairi.
” Saya single but not available  - Yuna Zarai “.
Dipetik lagi dari laporan media hiburan, Yuna Zarai memberitahu tiada lagi hubungan istimewa antara dia dan Qi Qushairi dan beliau kini mahu fokus terhadap kerjayanya dan menghormati Qi Qushairi sebagai kawan baik yang juga seorang pengacara dan pelakon.
Sambil memberitahu hubungan mereka masih cukup baik dan kerana faktor jarak membuatkan kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk memberi ruang kepada diri masing-masing.
Yuna Zarai turut menyatakan beliau lebih selesa untuk memberita tumpuan terhadap kerjaya seni dan percaya jika ada jodoh tak akan ke mana.

Dey all dah clash pulak..yela..sorang kat New York sorang kat Malaysia..macam mana nak menjadi hubungan tu..susah..! actually kalau bercinta and nak serius.memang susah la kalo sampai terpisah benua..sampai nak telepon pon  sorang waktu subuh (ngantuk2)..sorang baru lunch..macam mana hubungan tu nak kekal..of cos jadi sedih, makan hati, geram..marah.haaa.macam2 la kan..so, biarkan..biarkan la hubungan tu layu..mana tau ade baja yang bagus..ade air yang cukup. hubungan tu mekar balik..siapa tau?kan?


so, sape2 yang rasa dia cukup hot nak tackle Qi, dipersilakan!!!!:D

dulu selalu ada...kini sudah tiada...


sumber gambar: Murai.com
sumber cerita : Hangat.my

jom dapatkan sesuatu dari sini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Labels