Salam semua...
suke Shila Hamzah tak? ni dia ada menang Asian Wave..no 1 you allllsssss..!!clap3.. tahniah Shila..berbaloi usaha ko dari umur 12 tahun dari orang langsung tak pandang ko sampai la orang dah terpegun dengar suara ko..apa nama ko dulu? Shila Tekno? hehhee..apa2 pun, kejayaan tu perlu disertakan dengan DUIT (Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakkal)..kan?
siapa2 boleh berjaya kalau kuat berusaha..So, apa lagi.chaiyokkkk!!!
Baca berita selanjutnya di bawah ye..:D
Bak lagunya sendiri Memori Tercipta, penyanyi muda itu memperoleh kenangan terhebat dalam sejarah kerjaya seninya. Dia kini superstar baru Asia. Siapa pernah menduga, bintang muda berbakat besar berusia 22 tahun itu punya peluang luar biasa apabila diangkat menjadi juara Asian Wave 2012 sekali gus menewaskan wakil-wakil dari negara Asia lain di Shanghai minggu lalu.
Itulah hakikatnya. Meskipun kemenangan itu disifatkan rezeki dan ketentuan, sesuatu yang sukar disangkal adalah usahanya selama ini dan kesungguhannya yang tidak sesaat terpadam dalam mengejar impian.
Jelas Shila yang pulang ditemani ayahnya, N.D Lala, ibu dan Pengurus Besar Badan Hak Pelaku dan Persembahan Artis Sdn Bhd (Prism), Ong Peng Chu, pengiktirafan yang diterima adalah cenderahati terindah buatnya yang sekian lama menanti.
Jika ramai yang masih tidak mengerti, Shila berjaya melepasi kesemua cabaran yang diberikan dalam pertandingan yang memasang objektif mencari penyanyi terbaik di peringkat Asia bagi diletak menjadi ikon.
Julung kalinya dianjurkan, Asian Wave 2012 disenaraikan sebagai program televisyen yang paling ramai mendapat sambutan apabila lebih dua bilion penonton menyaksikan pertandingan itu.
Bukan sekadar menewaskan 60 penyanyi lain yang mendaftar, malah lebih membanggakan lagi, gadis jelita yang boleh berbahasa Inggeris dengan baik dan memahami bahasa Cina selepas menerima pendidikan bahasa itu lebih lima tahun ketika zaman persekolahannya itu turut dijulang tinggi oleh kesemua barisan juri.
Shila menerima jolokan ‘superstar’ oleh penyanyi terkenal juga juri, Eric Moo selepas berjaya membuatkan seluruh dewan bersorak untuknya dengan menyampaikan tiga lagu di malam kemuncaknya termasuk Gemilang nyanyian asal Jaclyn Victor, Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu berbahasa Cina, Zheng Fu yang dipopularkan penyanyi tersohor Na Ying.
Tatkala pusingan separuh akhir lagi, Shila menyampaikan lagu popular nyanyian Adele, Set Fire to The Rain dan Forever Love (Wang Lee Hom), seluruh dewan sudah tertumpu padanya.
Selain trofi kemenangan juara Asian Wave yang tidak henti dibelek teman media dan peminat-peminat setianya yang menanti di KLIA itu, anak sulung empat beradik ini turut diberikan Dana Perkembangan Kerjaya sejumlah RM5 juta yang dikongsi sama dengan tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan itu.
Malah lebih pentingnya ucap Shila, peluang untuknya menembusi pasaran China yang berpuluh ganda lebih luas dari Malaysia adalah keutamaannya ketika ini.
“Jujurnya saya sangat gembira dan bersyukur kerana tidak mudah untuk kita menembusi pasaran besar mereka. Mungkin inilah permulaan buat saya dan doakan saja yang terbaik,” katanya yang mengakui sudah ramai penduduk di China yang mengenalinya selepas muncul dalam Asian Wave 2012. ....
Sumber: Harian Metro
P/S: Ni la kaedahnye kalau dah malas nak menulis..semua orang dah tulis pasal Shila kan? So, aku just share ape HM cakap kat sini la.hehe....
iklan lagi...
0 orang doakan kesejahteraan aja..:
Post a Comment