Lilypie Pregnancy tickers
Daisypath Anniversary tickers

Undian semula bermula hari ni!


Baca ni..baca-baca!!!


Universiti Malaya (UM) akan mengadakan pengundian semula esok di dua fakulti yang mencatatkan keputusan seri dalam pilihan raya kampus Selasa lalu.

Menurut Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar, Naib Canselor Tan Sri Ghauth Jasmon bersetuju pengundian semula diadakan di fakulti pendidikan dan fakulti sains komputer dan teknologi maklumat.

Pemilihan di dua kerusi dinantikan-nantikan kerana ia akan menjadi penentu kepada kemenangan kepada dua musuh tradisi Pro-Mahasiswa dan Pro-Aspirasi.

Kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) menang 20 kerusi, diikuti rapat Penggerak Mahasiswa (pro-Aspirasi) mendapat 19 kerusi, sementara calon Bebas meraih 2 kerusi.

Situasi genting itu seakan-akan "parlimen tergantung" (hung parliament) apabila kedua-dua pihak tidak mendapat majoriti cukup bagi membentuk Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) di UM.

Pengundian baru itu akan diadakan di kedua-dua fakulti berkenaan mulai  jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Calon yang bertanding bagi Fakulti Pendidikan ialah Maiyamin Md Nor dan Malik Syam Mohammed Latif, manakala calon di fakulti Sains komputer dan teknologi maklumat ialah Muhamad Alif Jamaluddindan Neo Yew Boon.

"Untuk makluman sebarang aktiviti kempen dilarang sama sekali dan pengumuman keputusan akan dilakukan oleh naib canselor menerusi laman web UM pada jam 5.00 petang hari yang sama," notis makluman itu dipetik.

P/S: Teringat zaman2 pegang jawatan as MTM Kolej 17, UPM for almost 3 years..xsampai 3 tahun la..2 tahun lebih.. tiap kali Pilihanraya Universiti, kami-kami jadi mangsa jadi 'jaga' di waktu subuh, tengah malam, petang, pagi dan sewaktu dengannya..menakutkan..macam tengah pilihanraya betul2 okey.hehehe...

miss my team so much!apa khabar korang sumer sekarang ehhh?mana gathering?:)

sumber: MALAYSIA KINI 

jom pakat-pakat g PETROSAINS...KLIK Link di SINI kalau nak tengok perkembangan tempat tu..macam-macam ade..pssss.tu tempat ai dating zaman kanak2 dulu.agagagaga~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 orang doakan kesejahteraan aja..: