Kes Tergempar di Lahad Datu



Rasanya semua dah sedia maklum mengenai kes di Lahad Datu ni kan? dan 2 serangan dah berlaku di Lahad Datu dan Semporna..xmustahil kumpulan ni sebenarnya dah bertapak di beberapa tempat di timur Sabah...apa cerita sebenarnya ni yek? banyak sangat info dan digest sendiri la nampaknya..tapi bagi aja, isu ni sebagai pengajaran kepada kerajaan Malaysia supaya tak memandang enteng soal keselamatan Malaysia. nampak macam Mesia ni aman je kan..kes2 jenayah biasa la tapi xpernah dengar kes tuntutan dari orang luar sampai membawa kepada perang dsb..all info semua kite boleh dapat dr Google, FB tapi sedar tak kita sebenarnya kita rakyat Malaysia ni xmembantu langsung? Daripada hang share2 info yg xsemestinya betul tu baik korang organize solat hajat dan bacaan Yaasin. Minta Allah lindungi Malaysia, polis2 dan tentera Malaysia..ye..kita berhadapan dengan orang Islam Sulu tapi perlu diingat mereka menceroboh negara kita, Jadi kita ada hak untuk melawan balik.. update yang aja baca before ni 2 orang meninggal kan? now dah bertambah 6 orang dan menjadi 8 orang anggota polis dah..dah boleh wat macam cerita BUKIT KEPONG dah..huuuuuu..

Diorang nasihatkan jangan bagtau any update pasal PDRM/ ATM kat mana2 tapi surat khabar UTUSAN sendiri yang sebarkan cerita..macam mana nak cakap ni ye...sila paham dato  tan sri..ni isu keselamatan negara Malaysia..bukan update perang kat Gaza ke Thailand ke..so sila la hadkan sebaran pasal diorang ni yek,,,bahaya utk polis dan tentera..

Kawan suami aja pon dah dikerah ke sana..Go Kapten..Go..bedil mereka habis-habisan...

Takziah diucapkan kepada keluarga 2 anggota polis terawal yang terkorban...

copy dari FB:

Ketua Polis Negara dan isteri serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan salam takziah kepada keluarga 5 pegawai dan anggota PDRM yang terkorban dalam satu serang hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Semporna. Mereka yang terkorban adalah:
1. Supt Ibrahim bin Lebar, Caw Khas, Bukit Aman.
2. ASP Micheal Padel, Caw Khas, IPD Semporna
3. Sjn/D Baharin bin Hamit, Caw Khas, IPK Sabah
4. Sjn Aziz bin Sarikun, BN 14 PGA Tawau
5. Kpl/S Salam bin Togiran, IPD Tawau
6. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, BN 14 PGA Tawau




Al-fatihah.Semoga roh wira-wira negara ini ditempatkan di kalangan orang beriman dan dicucuri rahmat.


Kepada ahli keluarga mendiang, diharap bersabar menerima kehilangan ini dan sesungguhnya seluruh pasukan turut menangisi pemergian beliau.

Berdoala semoga isu ni dapat diselesaikan secepat mungkin. Supaya kita semua masih boleh bebas bergerak di Sabah..hmmm.cakap pasal ni kan...tak boleh ke someone buat siasatan terhadap warga2 yg berniaga di Pasar Philiphina..warga negara atau bukan? juga di Kg Air..sebab masa pegi sana dulu siap orang Sabah (Kadazan) bagitau sana banyak PATI...so? tindakan perlu diambil beb!!jangan pandang ringan sebab xmustahil kes Lahad Datu ni boleh merebak ke seluruh Sabah..huhuu..

*ni pandangan peribadi penulis...xde kaitan dengan sesiapa ye...macehhh

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 orang doakan kesejahteraan aja..: