Hukuman untuk Orang Ketiga

Salam semua..berita gempar2...hehe

Kat Malaysia dah buat satu undang2 baru...orang ketiga yg menyebabkan suami & isteri bercerai berai atau bergaduh dan tak hidup bersama boleh kene hukuman denda serta merta tau!auwwwww....sila berhati2 org ketiga yang berkenaan!hahaha...

Petikan dari HARIAN METRO hari ni...:

Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Tan Sri Ibrahim Lembut berkata, tindakan ke atas orang ketiga itu bakal dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan meluas di Wilayah Persekutuan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Akta 559).
“Seksyen 36 membenarkan orang disabit bersalah didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tiga tahu atau kedua-duanya atas kesalahan memujuk lari perempuan bersuami.

“Seksyen 37 pula merujuk kepada kesalahan menghalang pasangan sudah bernikah daripada hidup bersama sebagai suami isteri dan mereka yang disabit kesalahan itu boleh didenda RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya,” 

Makanya...suami atau isteri yang teraniaya sebab suami /isteri korang menggatal dan cari lain boleh laporkan pada mahkamah pasal benda ni..haaa.takut????? 

Begini?


atau begini?



"Ya Allah..jauhi la hambamu ini dari sebarang masalah, bencana dan kemudaratan..Berilah kami suami isteri kebahagiaan yang berpanjangan di dunia dan akhirat"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 orang doakan kesejahteraan aja..: