Lilypie Pregnancy tickers
Daisypath Anniversary tickers

Simpul Biawak????

Selamat pagi semua!

pagi ni sejuk kan? aja sampai terbangun berkali2 sebab pergi toilet dan kene simpul biawak a.k.a kejang @ cramp.uhuk3

Sejak2 dah masuk 5 bulan ke atas ni aja selalu kene simpul biawak..sakitnya macam mana? Allah....tuhan je tahu betapa sakitnya kaki ni bila tibe2 terbangun dari tido dan kaki kejang gile2..nak nanges tapi air mata tak keluar..tumbuk2 bantal..MA pon kene tumbuk gak bagi bangun..huhuhu..tapi sekarang ni dia da biasa aja jerit sikit je dia dah bangun mamai2.." Ma kenapa? kejang eh..? terpisat2 mata lagi sambil tolong picit kaki aja.luruskan n letak tinggi2...pastu urut..." dah elok tu tido balik...xsampai 1 jam kaki sebelah pulak kena...mak ai..menjerit lagi aku ni ha...urut lagi MA...setia jadi tukang urut.hehe...yang tak bestnya pagi2 kaki rasa lenguh dan sakitttt sangat..huhuhu

apa puncanya ??



sedikit perkongsian dr blog Pn.Hernee
Seperti berlari, bermain permainan tenis yang mendebarkan, atau hanya berdiri sepanjang hari boleh memenatkan otot anda sebegitu banyak sehingga ia kekejangan, begitu juga kehamilan. Berat tambahan pada kaki anda selalunya mengakibatkan kekejangan otot kaki pada waktu malam, yang boleh mengejutkan anda dari tidur nyenyak. Kejang betis paling teruk akan berlaku pada trimester kedua dan ketiga.
Punca-punca lain kejang betis berkaitan dengan kehamilan mungkin adalah kelebihan fosforus (didapati di dalam daging yang telah diproses, makanan snek dan minuman bergas) dan kekurangan kalsium di dalam aliran darah anda, atau tekanan rahim yang sedang membesar pada saraf kaki anda.

setakat ni aja makan kalsium xpernah culas...hari2 mesti amik segelas susu anmum..malamnya amik pil 2 biji..cukup dah..sebab belom tambah dengan makan tempe la..soya la..sayur2 sumer kan? tapi tu la...mungkin aja dah overweight sangat so kaki tu stress..kepenatan nak tampung berat aja..makan snek n minum air bergas? dah lama aku tinggalkan..kadang2 je gatal2 nak merasa...apa la naseb..

tak apela baby...mummy tak kisah kene simpul biawak berkali2 pon asalkan baby sihat kat dalam perot mummy yekk...:D 

jap...adakah kaki korang dah ada yg jadi macam ni? hehe..ni bukan gambar sebenar yek....:D


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 orang doakan kesejahteraan aja..:

Anonymous said...

ei....gemuknya kaki!tu water retention kan?

::Aja:: said...

yup..tp bukan kaki saya tau..xsampai camni lg..haha

Unknown said...

jijah pon baru update entry simpul biawak..baru2 ni kena..sakit yg amat.. nasib dalam sebulan tu sekali je yg kena..huhu

::Aja:: said...

aah..perasan jijah update...aja kene bukan sebulan sekali..ni dh kire seminggu 2-3 kali..tu sakit je kaki...now make sure makan pil kalsium & mnum susu everyday..sume ubat aja telan tnpe malas.dah.haha...naseb suami xkisah nak kene urut kaki aja pagi2.huhu