Lilypie Pregnancy tickers
Daisypath Anniversary tickers

Review [My Solemnization]

Salam semua.Kabare..

Malas sungguh aja ni nak menulis, sedangkan dalam hati meluap2 rasa nak berblogging.. Nak share my happiness and my luvly day with you all.. Tahu tak adalah banyak mana readers yang baca blog ni cuma biarkan lah jejariku ini berbicara..Slow slow ya...Aja tengah mood honeymoon lagi even xpergi honeymoon pun lagik.hahaha...

Firstly,mengenai hari nikah aja.. Aja nikah pada hari Jumaat,. selepas solat Jumaat di Surau Haji Mokhtar, Kg Bukit Badong. Sebenarnya, aja patutnya nikah kat masjid TETAPI tiba-tiba bendera merah la pulak...*kui3*

Di kawasan aja, kami guna style gotong royong @ lebih fofular dipanggil 'rewang'. So, biasanya kenduri kahwin di sana akan jadi 3 hari 2 malam bergantung kepada keadaan kampung, hubungan dgn jirang dll. Aja nikah kan hari Jumaat, yang xboleh blahhhh, ramai kot rewang masa hari kenduri. Makcik2 dan pakcik2 datang dari pagi hingga tengah hari masak juadah untuk tetamu.Masa tu ada 15 majlis perkahwinan kat kawasan yang sama, tarikh yg sama jadi diorang gilir2..dah datang jumaat, diorang tak kan datang sabtu ahad dah..

Maka, terhasillah menu untuk hari Jumaat tu:
Nasi Putih
Rendang Kerang
Ayam Goreng
Sayur Campur

Family MA datang before solat Jumaat. At first, diorang patutnya lepak2 kat rumah ayah aja lagi satu tapi diorang boleh pulak terus ke surau..So, tak kisah la asalkan mereka selesa. Surau tu pon besar jugak, xde la kecik sangat..

Tepat 2.48 petang, dengan SEKALI lafaz, sahla aja jadi milik MA.huk3..Aja tak sedih..tak nanges pon.hahaha..TAPI blogger Dhiera cengeng lak tetiba.kekeke..Tipula kalau kata takde berdebar langsung..tapi aja macam cool je sebab aja yakin, ni plihan aja & InsyaAllah..doakan yg terbaik utk kami ya..

Sampai ke petang aja hepi jek sebab dah dapat laki *gatal*
Jumpa la sanak saudara yg ada hari Jumaat tu kenalkan husben aja ni..petang dalam pukul 6 lebih macam tu, MA pun bergerak pulang ke rumah MA & kami just akan jumpa balik pada hari majlis @ Ahad.uwaaaa...

Tema hari tu actually PURPLE, Tapi aja kai baju putih la..pengantin khennn.hehe..so, paksaan aja berjaya utk paksa the whole family to wear purple color..

Thanks all of u..I love u!Buat my besties Dhiera & Safya.Thanks for coming to the whole events.Luv u!
Ehhh..lupe lak nak bagitau all my vendor for solemnization & cost for it..

Photographer : Ukir Photography  =RM 1,039.10 (Includes Solemnization + Reception)
Videographer : Ezrie = Harga kengkawan adik = emm..below RM1K
MUA              : Kct Rasheed  = RM300
Baju              : Tailor Swan Bee, PKNS S.Alam   = RM300
Veil               : Kak Lijah  = RM150
Tudung          : Beli kat PKNS = RM10
Kasut             : Beli kat Lee Sandee = RM70
Doorgift        : Handmade by Along, my sis
Pulut Kuning   : Along too:)
Dais              : DIY..Guna barang2 yang ada + beli langsir..:D

Total lost  lebih kurang RM2.5K.perghhh.banyak rupenye duet aja.hoho

Nah..pics yg boleh ditepekkan..xpayah story la yekk...:D




To be continue....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 orang doakan kesejahteraan aja..:

nora saniey said...

cantiknya pn aja...congrate's!!

::Aja:: said...

ada gumuk bnyak la nora.hoho