Salam semua..
Ramai
 bagitau aja yang elok amalkan doa2 ni dan zikir2 ni masa kita dalam 
kesusahan..musibah...dan untuk aja mungkin lebih kepada semasa nak 
bersalin..
Fadhilat doa/tasbih Nabi Yunus a.s. semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk,
kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali
dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud.
Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan
permintaannya.”
لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
“La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”
 (Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh
aku termasuk  orang-orang yang zalim.)
Selain itu, amalkan bacaan Ayat Kursi..
 Allah, tidak ada Tuhan selain Dia. 
yang Maha Hidup, yang terus menerus mengurus(makhlukNya), tidak 
mengantuk dan tidak tidur. Milik-Nya apa yang ada di langit dan apa yang
 ada dibumi. Tidak ada yang dapat memberi syafaat di sisiNya tanpa 
izinNya. Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di 
belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang 
ilmuNya melainkan apa yang Dia kehendaki. Kursi-Nya meliputi langit dan 
bumi. Dan Dia tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Dia Maha 
Tinggi, Maha Besar.
Ketika sakit hendak bersalin, perbanyakkan tasbih dan zikir
Maha Suci Allah 
Aku memohon ampun kepada Allah
Bila saat-saat hendak bersalin, boleh la dibaca
Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah
Selain itu baca zikir Ya Fattah....Ya Fattah..Ya Fattah... sebanyak yang boleh..
InsyaAllah..akan amalkan...letak di sini untuk panduan aja dan kawan2 semua juga...:D














1 orang doakan kesejahteraan aja..:
semoga semuanya di permudahkan... selamat menimang bby nanti... hihihi
Balas kunjungan sini, sambil jadi follower.. hihihi... salam perkenalan yer...
Post a Comment