Lilypie Pregnancy tickers
Daisypath Anniversary tickers

tido yang tak lena...

ku tido tidak lena..asyik terjaga-jaga.kononnya takut masukkan gaga dalam parking umah..merajuk hubby tak mau alihkan motornya..aja tolak sendiri tapi senak la pulak..wat muka kesian naseb hubby simpati.haha.bila tengah malam asyik terselak2 langsir..berapa kali da turun ke bawah nak tgk kete tapi bagitau hubby nak tencin la..dahaga la..hehe...jam 12 lebih baru ku lena..itu pon terjaga -jaga jugak..huuu

so..lepas ni no more park kete luar..kalo la wiwi kembali..wiwi yang akan parking dalam..sbb dia jarang digunakan..duet bulan ni macam ada lebih pulak...nak beli stereng lock..huuhuu..baru nak berjaga-jaga..

pencuri..ko tunggu la balasan nye nanti..biar tiap2 malam ko ngigau aku cekik ko..mati la kaw...hahaha  *jahat x?*

search doa2 yang bagus untuk diaplikasikan dan aja dah start semalam..paksa MA baca sekali..dah barang die yang hilang..kalau kite yang beria2 dia tak..xde la nampak apa2 pon.kan? InsyaAllah..Allah Maha Mendengar...

Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;

(1) Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.

(2) Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.


(3) Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;


a.Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.

b.Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.

c.Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

d.Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

e.Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

f.Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

g.Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.

h.Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.

(3) Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 orang doakan kesejahteraan aja..:

BAHIYAH AMANI said...

Alaaaa...kesian nyer Aja. Sabar yea Aja! :)

::Aja:: said...

huhu...lagi xlena pikir masalah kesihatan ni...adoii