Lilypie Pregnancy tickers
Daisypath Anniversary tickers

Suka: Sayang: Cinta

Perbezaan Suka, Sayang dan Cinta

Saat kamu MENYUKAI seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu.


Perbezaan Suka, Sayang dan Cinta

Saat kamu menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,
“Bolehkah aku menciummu?”

Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,
“Bolehkah aku memelukmu?”

Saat kamu mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya.
SUKA adalah saat ia menangis, kamu akan berkata
“Sudahlah, jangan menangis.”

SAYANG adalah saat ia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata,
“Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. ”


SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,
“Ia sangat cantik/tampan dan menawan.”

SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,
“Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku..”


Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu, maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.
Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu, kamu akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kamu akan berkata,
“Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan.”


Pada saat kamu suka padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kamu sayang padanya, kamu akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus.


SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkan. SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan. CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.

SUKA adalah hal yang menuntut. SAYANG adalah hal memberi dan menerima. CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

 sumber: Harian Islam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

I wanna hug u baby! 23 weeks

Salam semua...hehe

Yeay.update week 23...owh...next week dah masuk 6 bulan..now not yet mengembang dgn jayanya tapi perot aja dah tak dapat nak disembunyikan.kekeke..semua seluar before pregnant dah tak muat...ok..saya mengaku kalah...saya hanya ada sehelai seluar kerja dan lain2 adalah skirt dan baju kurung..sob3...tu pon dah semakin mengetat di bontot..MA...belikan la baru...ma tahu b dah dapat gaji hari ni...hohhoh

Nah..ni copy dari Baby Center , malas nak translate:

Turn on the radio and sway to the music. With her sense of movement well developed by now, your baby can feel you dance. And now that she's more than 11 inches long and weighs just over a pound (about as much as a large mango), you may be able to see her squirm underneath your clothes. Blood vessels in her lungs are developing to prepare for breathing, and the sounds that your baby's increasingly keen ears pick up are preparing her for entry into the outside world. Loud noises that become familiar now — such as your dog barking or the roar of the vacuum cleaner — probably won't faze her when she hears them outside the womb. 

Tak payah pasang muzik pon die sibuk bergendang dalam perot ni.hehehe..yang aja perasan pagi2 siap2 nak g kerja sume tu dia tak bangun lagi...tengah sarapan die ketuk2.."mummy..makan sdp2 yek..baby nak!"hehe

owh ya..size baby sekarang? mungkin sebesar ini!

 

pastu dalam kete pasang cd ayat quran & baca ma'asurat tak de la pulak dia bergendang..tido balik atau menghayati ayat2 Quran tu..ye kot...ni dah kol 10 lebih haaa..time die nak aktif ketuk sana..ketuk sini..guling2 kot dalam perot tu..adoii..nakal ye ank mummy bgun tido..hehe

tak sabar nak peluk cium anak sendiri..nak pakaikan baju cantek2 / hensem2...tak tahu gender lagi kan,berangan je la.hahaha

Excited nak  cari barang2 yang diperlukan utk lepas bersalin nanti walaupon ada 3 bulan lebih lagi...ada la survey sikit2 kat FB and kedai...tunjuk kat husben..mcam mana bentuk breast pump..camne botol susu yg aja nak,.macam mana rocker yg awk nak beli...stroller camne yg nak amik..baju ape...mcm2 la..masuk kuar tapi tak beli apa2 pon..sebab rasa cam awal sangat nak beli semua tu...apa yg perlu dulu ye?

stroller tu lepas berpantang or baby dah 3-4 bulan baru beli pon xpe..hehehe

nak kene siapkan list ni...sebab semua tu melibatkan apa? duettttt..hehe..bila ntah tabung baby nak penuh..daddy xmau menyumbang sebab takut mummy gune duet tu..die simpan sendiri..sampai hati daddy..tak pe la..yang penting dekat2 nak beli tu daddy hulurkan duet dengan paksa rela...hahaha

   

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hukuman untuk Orang Ketiga

Salam semua..berita gempar2...hehe

Kat Malaysia dah buat satu undang2 baru...orang ketiga yg menyebabkan suami & isteri bercerai berai atau bergaduh dan tak hidup bersama boleh kene hukuman denda serta merta tau!auwwwww....sila berhati2 org ketiga yang berkenaan!hahaha...

Petikan dari HARIAN METRO hari ni...:

Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Tan Sri Ibrahim Lembut berkata, tindakan ke atas orang ketiga itu bakal dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan meluas di Wilayah Persekutuan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Akta 559).
“Seksyen 36 membenarkan orang disabit bersalah didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tiga tahu atau kedua-duanya atas kesalahan memujuk lari perempuan bersuami.

“Seksyen 37 pula merujuk kepada kesalahan menghalang pasangan sudah bernikah daripada hidup bersama sebagai suami isteri dan mereka yang disabit kesalahan itu boleh didenda RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya,” 

Makanya...suami atau isteri yang teraniaya sebab suami /isteri korang menggatal dan cari lain boleh laporkan pada mahkamah pasal benda ni..haaa.takut????? 

Begini?


atau begini?



"Ya Allah..jauhi la hambamu ini dari sebarang masalah, bencana dan kemudaratan..Berilah kami suami isteri kebahagiaan yang berpanjangan di dunia dan akhirat"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Simpul Biawak????

Selamat pagi semua!

pagi ni sejuk kan? aja sampai terbangun berkali2 sebab pergi toilet dan kene simpul biawak a.k.a kejang @ cramp.uhuk3

Sejak2 dah masuk 5 bulan ke atas ni aja selalu kene simpul biawak..sakitnya macam mana? Allah....tuhan je tahu betapa sakitnya kaki ni bila tibe2 terbangun dari tido dan kaki kejang gile2..nak nanges tapi air mata tak keluar..tumbuk2 bantal..MA pon kene tumbuk gak bagi bangun..huhuhu..tapi sekarang ni dia da biasa aja jerit sikit je dia dah bangun mamai2.." Ma kenapa? kejang eh..? terpisat2 mata lagi sambil tolong picit kaki aja.luruskan n letak tinggi2...pastu urut..." dah elok tu tido balik...xsampai 1 jam kaki sebelah pulak kena...mak ai..menjerit lagi aku ni ha...urut lagi MA...setia jadi tukang urut.hehe...yang tak bestnya pagi2 kaki rasa lenguh dan sakitttt sangat..huhuhu

apa puncanya ??



sedikit perkongsian dr blog Pn.Hernee
Seperti berlari, bermain permainan tenis yang mendebarkan, atau hanya berdiri sepanjang hari boleh memenatkan otot anda sebegitu banyak sehingga ia kekejangan, begitu juga kehamilan. Berat tambahan pada kaki anda selalunya mengakibatkan kekejangan otot kaki pada waktu malam, yang boleh mengejutkan anda dari tidur nyenyak. Kejang betis paling teruk akan berlaku pada trimester kedua dan ketiga.
Punca-punca lain kejang betis berkaitan dengan kehamilan mungkin adalah kelebihan fosforus (didapati di dalam daging yang telah diproses, makanan snek dan minuman bergas) dan kekurangan kalsium di dalam aliran darah anda, atau tekanan rahim yang sedang membesar pada saraf kaki anda.

setakat ni aja makan kalsium xpernah culas...hari2 mesti amik segelas susu anmum..malamnya amik pil 2 biji..cukup dah..sebab belom tambah dengan makan tempe la..soya la..sayur2 sumer kan? tapi tu la...mungkin aja dah overweight sangat so kaki tu stress..kepenatan nak tampung berat aja..makan snek n minum air bergas? dah lama aku tinggalkan..kadang2 je gatal2 nak merasa...apa la naseb..

tak apela baby...mummy tak kisah kene simpul biawak berkali2 pon asalkan baby sihat kat dalam perot mummy yekk...:D 

jap...adakah kaki korang dah ada yg jadi macam ni? hehe..ni bukan gambar sebenar yek....:D


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

update weekend!

Salam semua...

minggu ni minggu last bulan 3...so fast?????

dah nak masuk April..dah nak masuk 6 months..owhhhh...baby..mummy & daddy xsabar nak jumpe sayang ni.hehe

keje menimbun..ni cube carik masa update at least...

dah wat scan baby last Saturday..husben over excited sbb first tyme tgk..die kata baby hyperactive sbb aja makan cookies famos amos banyak sangat..ada ke cakap camtu?

jantina? xdapat dikenal pasti.hahaha...actually baby dah kangkang baik punye..tapi doc xleh nak sahkan jantina sebab kami masing2 pon xnampak apa2..doc kata next month dtg lagi untuk pastikan sebab sekarang ni kedudukan bayi kat bawah sangat..so space utk die bergerak xbesar..tunggu die pusing and naek sikit.hehe

xpela...mummy tak kisah baby girl ke baby boy..asalkan sihat sempurna fizikal mental..mummy dah cukup bersyukur sebab Allah beri peluang untuk aja lalui proses ni...a very sweet moment when he/she kick ur tummy every day n makes me realizes that i really miss my mum...mak..rindu...Al-Fatihah utk makku...Sawnah Saikun.....:(

balik kampung Ijok dan lepak2..heaven sungguh lama daku tak tido di tgh2 ladang kelapa sawit,.heheh..sejuk hingga menjilat jari.nyummmmm~

malam td MA g ceramah UAI kat masjid Ijok..ramai gile kot....tapi aja xjoin sebab aja tau aja xkan mampu duduk lama2 beralaskan tikar / surat khabar sebb org ramai sgt..sume tgk dari luar masjid..dalam full...jadi aja tunggu MA je n jam 1 pagi br sampai ke umahku syurgaku...until now still feel sleepy..owhhh..xsuke aktiviti luar di malam Isnin.HAHA

Ni amik dari FB husben ku..hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sakit perot Melanda

Salam semua...

Dari Rabu - hari ni aja masih sakit perot..help me!!!!cuma kesakitan hari tu macam skala 10 la...semalam skala 5..hari ni jadi skala 3...so beransur-ansur pulih...sebab? ntah...aku pon tak tau..nak kata sakit cirit birit..tak ada.. nak kata salah makan..mungkin la kot...nak kata problem baby.hmm.ntahla..ak pon baru 1st tyme pregnant..tapi dah nak sampai tengah ahri ni.Alhamdulillah sakit aku dah jadi skala 0.hehhehe..

*berkat makan sayur bening + telur dadar + tahu bakar semalam.miahahaa*

Stress..apa yg korang tau pasal stress? hehee..mungkin sakit perot aja ni jugak disebabkan stress memikirkan masalah kerja..benda kecik dan besar bila dua-dua bergabung..meletopppp!hahhaa..

menangis gak la aja semalam sebab tak tahan dengan stress yang melanda..ujian betul...dengan sakit perot..bos marah2..kerja pending..event dah makin dekat..hokeyyy..i have event on 3-6 April tapi sampai sekarang semua belum finalize...tak ke aja kelam kabut..? ada seminggu lebih je lagi...hari ni dah Jumaat... 

plus...it will be only me..n me..n me...so xtahu la nanti macam mana..sampai hati bos aja xbg staff untuk tolong aja..bos kecik kata i tak pergi u punye event tau..i have other things and we got meeting..nak mintak sales reps tolong? memang tak la sebab x ada sales sangat..n tak involve any outlet..its only me n d brand..sob3

xpela..aja pergi je la..salah aja..kan bos kan...saya redha kene jaga booth sorang2 ditemani baby dlm perot ni..sampai hati.kuat azam aku nak resign lepas deliver baby ni tau x? padan muka korang nanti.huhu..nak resign sekarang tak boleh sebab aja perlukan duet jugak untuk kelangsungan hidup.haha..MA kata simpan duet betul2..jangan membazir beli mcm2 pastu lepas deliver or masa confinement awak resign la.. at least masa awk tak keje tak de la awak merungut macam2 sebab tak dapat beli macam2 untuk ank awak..cari kerja lain after that...sob3...*tak bagi can langsung nak jadi housewife..grrr*

ok..dah start sakit kepala n perot balik..cisss!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah Check Up di Minggu Ke -22

Salam semua...Selamat Hari Rabu!

Hari ni tak mau apply Wordless Weds..hahhaa..last Monday I went for monthly check up..kali ni agak perit sebab aja kena amik darah untuk BSP..pastu cek up...pastu amik sample darah lagi dan lagi...huhuh

Result BSP aja, Alhamdulillah..okay paling tinggi 6.4..paling rendah 4.4...haha..misi kata xmakan eyhh...aja sengih je..bukan xmakan..kurangkan makan...xmaula sampai kena cek tiap2 minggu...so another 2 weeks to check blood sugar..

Cek berat naek 0.3kg je..aja pon confuse biar betul?hahhaa..dah 5 bulan ++ baru nak ok kenaikan xbanyak sgt..kalo x...melantun2 berat aja tau...so setakat ni kenaikan berat adalah 5kg..ada 4 months++ to go..xsure la lepas ni macam mana.harap2 tak naek banyak sebab aja ni kategori overweight.

Jantung baby okay..sihat..dgr dier berdenyut..nyut..nyut..hehe..tapi agak lawak sbb baby byk lari2 sebab xmau kene tekan dgn scanner tu.haha.dapat dek sorang misi ni die sentak kuat tau.terus baby xleh lari..so dptla dgr jantung die...macam aaaa.....dlm perot aja ada manusia la.hehe

Tapi yang xbestnye Hb aja turun..huhuhu..dari 11.5 jadi 9.0 pastu refer KK doc cek balik bacaan 10.3..so okayla...xde la rendah sgt...lepas ni xleh culas bab makan n ubat..aja byk sekat makan sbb takut berat n gula dalam darah naik..tp hb pulak turun..pusing guwee camni..

baby dah start gerak2 dgn aktifnya..suka aja dgr..husben apa lagi..tersengih2 die bile die dapat rasa baby kick mummy die...xsabar nak baby tu kuar katanya.InsyaAllah sayang..panjang lagi perjalanan ni..doakan yang terbaik untuk kami ye daddy!

Aja perasan aja agak leka dis week..dah 2x tersadung kat tangga umah...sekali kat depan lif opis...aduhh..naseb xjatuh...jangan ngada2 aja..pls extra careful! baby awk makin besar..baju makin sempit...so jangan nak jalan laju2..angkat berat2..keyh...fuhhhhh...

tensi dengan kerja tp nant la cite.kalo x entry ni panjang..ngeeee

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Siapakah mahram anda?

Salam semua...sekadar renungan diri sndiri & siap yang membaca..

siapakah mahram anda???

Jelas tak jadual ni??? senang je kan nak tengok? amik dari FB tadi...terfikir le sebab selama ni macam mana la aurat aja..iskhhh...*baru nak insaf sikit2...blah...mana boleh sikit2.huhuhu*

Sebab aja dah bersuami..maka aja cuba utk mempraktiskan apa yang aja tau dan yg aja belajar...FYI..aja ni dari aja sek rendah..eh..bukan dari aja belom lahir aja dah ada abang ipar.hehe..so setakat ni sampailah dah umor 20++ ni..aja ada 3 orang abg ipar + 1 kakak ipar..suami sorang je la..bakal dapat abg ipar lagi ujung tahun ni n adik ipar lelaki...so kire sendiri la berapa adik beradik aja.hahahha

InsyaAllah..dengan kehadiran cahayamata yg bakal ikut edd die 24 July...aja nak ubah la sikit2..dah start dari sekarang...kalo dulu selamba bertuala mandi n t-shirt saja..skang x...make sure lgkap suar+baju or kain+baju if keluar dari toilet...berkemban or bertuala? xmungkinnnn.hahaha

dengan keluarga baru even sumtime FIL aja tanya aja ni alim sgt ke? ayah xpenah nampak aja buka tudung?

 terasa gak la tapi aja cube nak praktikkan bertudung n tak bersalam dengan abang2 suami ajadengan pakcik2 suami aja..tapi kadang2 mereka yg hulur tangan..camne yek..huu...aja ade 2 abg ipar belah suami aja..setakat ni banyaknye berjaya la..yang tak berjaya tu pernahla jugak.hahha..susah tau x..diorang suke g mana2 1 umah..yg tak selesanya aja..husben suh pakai tudung..kadang2 die perli je cantek leher...pastu aja perli balik..saya mntak bilik sndiri awak xmau..saya xmau ikut bile ramai sgt bukan mahram awak bising..bile kadang2 saya terbuka tudung awak maafkan la ye...saya pon tau panas jugak...huhu..*jahatnya jawapan aja..

jgn follow yek..ni jawapan yg salah.sepatutnye kena bertudung juga..so lepas kene tegur tu dah xde buka2 dah..kalo g umah in law.. ade adik ipar laki n abg ipar..mmg aja xbuka tudung.kalo just FIL n MIL..aja buka la..sebab wudhu xbatal pon.ngeee..jom sama2 belajar lagi yekkk~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My baby starts to kick!

Assalamualaikumm..selamat sejahtera...hehehe
ketika otak sedang stress memikirkan urusan pembelian rumah, loan bank yg menyusahkan...keadaan kerja yg byk tertangguh sebab bos xsetuju n xbagi solution terbaik..pending gitu je..Allah beri rahmat yang xdapat nak digambarkan...baby aja start kick perot aja..uwaaaaa,,terharu!

Actually dari malam tadi..haha..tapi x adalah rasa sangat..ni dari pagi sampailah sekarang.baby still kick perot aja...mula2 rasa cam geli2 sikit la sebab macam..eh..apa ni.apa ni? tapi lama2 hepi..hepi sgt2 xtau nak gambarkan macam mana.hehe..sayang lebih2 plak dah rasanya kat baby ni.ngeee..penat mummy tunggu baby gerak2 sebab kawan2 mummy sume dah anak die tendang2..anak mummy? dah 5 bln xtendang2 ai pon confuse n risau..Alhamdulillah...now mummy n daddy hear u sayang!

MA melompat2 malam td sebab dapat rasa baby kick daddy die..MA siap tanya kalo boy kick la sekali...xde dgr..kalo girl kick 2x sayang...dua2 x respons..hahahaha...saje yek bagi mummy n daddy surprise...

cuma kegembiraan aja tu tercalar sikit la sbb tersakit hati dengna staff COOLBLOG kat Giant Kelana Jaya..fuhh..siap mention tempat dah ni..lantakla...ada ke warning2 i as customer bile aja cakp ngan collegue sbb dia tnye eh..xsiap lagi ke? aja reply la lambat la...dan2 la staf die menyampuk.." excuse me.. is it me that you talk about? xnampak ke we all ada 2 orang je n barang baru masuk...n she membebel2 dgn kuat..kalo korang jadi aja..malu x? aja mmg fikir nak membalas je dh geram sgt dah...tp fikirkan baby i senyap je..tenung je muke nenek tu...pastu die keep memerli n bebel sorang2....smpai nak bayar die boleh xmau accept duet aja..die kata tlg tukr kepada duet kecik..we dont have small change...perghhh.time tu aja mmg meletop.ko dh malukan aku as customer n skang nak tunjuk lagak...laju je aja cakap.ok..simpan saja la minuman tu..i xjadi beli.patut customer xramai kat sini..n she reply..xnak beli sudah...eiii..nenek2...ko dh tua tau..perangai tu ya tuhannn...so pengajaran..jgn beli dh kat situ...n kalo nmpak service lembap gile sound je terus...grrrr

ok..dah habes kish mencalar hati..so skang tgh amik mood nak start keje balik sebab cam tensen byk benda nk fikir..dengan MA marah aja lg sbb xleh nak keluar2 opis..mmg la sayang.;.kalo u tungu i kat bawah opis boleh la..ni dr glenmarie nk g pkns s.alam...xke haru? mmg xkan la bos ku bagi..faham sayang?huhu...

ok..hope my baby sihat walafiat....cergas2 kick je mummy selalu tp jgn laju2 n kuat2 yek..mummy sakit tau..wuuu..luv u baby..luv u hubby jugak..hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hari Wanita !!!

Salam Semua..

Selamat Hari Jumaat!

Selamat Hari Wanita Sedunia...

Kerana saya sungguh bahagia bergelar wanita hari ni...saya xkan malas2 dan petang ni akan wat minum petang n makanannya sekali sebab MA dah complain..gedik sungguh suamiku itu..TAPI!!!hehhee

Jeng3...tetap xmahu masak untuk dinner sebab merajuk MA xmau makan nasi malam tadi.penat masak..sooo..malam ni keluar..makan kat luar beli barang sikit..xkira..nak jugak..lalalalla

owh ya..baby aja dah 20 minggu..5 bulan dah rupanya...rasa mcam sekejap je..tahniah aja! another half way to go!

nah..tengok la saya kat sini aunties2...:D


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HTAR yang busy!

Salam semua...

Hari ni aja half day..uwaaaa....abisla AL aja macam ni before due bersalin dah habes..percaya la..huk3..kena la plan betul2 kalau nak ambil MC sebab aja akan limitkan MC 2hr je sebulan..opsss.pecah rahsia pulak kat sini..terpaksa la...bukan aja pegi mana pon..aja pegi klinik jek..ye tak.lalalala~

Pagi2 tadi aja dah bergerak ke HTAR...Pilu..seyes pilu *gedik* sebab MA langsung tak simpati & temankan aja..konon2 nak amik hati aja pagi ni dia buatkan breakfast..selalu aja yg setup semua..tp kali ni konon2 bersalah la tu sebab muncung mulut aja dah sedepaaa..jem teruk kottt..bila la Klang ni nak elok jalan dia..

Sampai kat sana...aja terus ke Kompleks Rawatan Harian, HTAR..Mak aiii..ramainye..memang la aja..sah2 ko parking kat tgkat 4..yg xleh blah xde lif..senget betul..buat la lif...xkesian ke kalo ibu2 mengandung2..orang2 tua nak naek turun tangga..sempot gile nak naek balik..

Aja sampai tepat jam 9pg n ceramah diet pon baru nak mula..actually apa yg dia cakap sama je dgn apa yg aja tau.hahaha..tapi xkan nak tunjuk pandai kan..salah sendiri...belajar tapi xpractise..so far okay la ceramah dia..dapatla aja recall balik subjek diet yg aja belajar dulu..xsampai 1 jam pon ceramah die pastu aja kuar aja terus ke Kapar..nak g Klinik...suppose esok appointment..apa i kisah..pegi je le...

sejam lebih gak la aja duk termenung main game hp sambil tunggu nurse panggil...1st tyme dengar bunyi jantung & pergerakan baby!yeay!sayang baby..!owh ya...aunties2 sume...saya dah 5 bulan tau...lagi 4 bulan jumpa auntie2 yek...

before ni aja scan baby tapi xpernah guna mesin yg macam walkie talkie tu..mula2 xdengar ape..bising..lps tu eh2...dgr la...jantung baby dup dap dup dap..die pon nerves nak jumpe mummy kot.heheh

berat naek 0.44kg..xperlu la dikau tahu berat betul ku..haha.yg pasti i sangat bulat ok..tapi diorang kata perot aja kecik..xkisahla..balik rumah pegi rehat2 sambil makan biskut cecah milo kosong...tgk tv..."owhh.baru tahu ATM dah bedil Lahad Datu guna udara.." ,moga2 mereka selamat di sana...sesungguhnya perjuangan mereka yg mempertahankan negara sendiri adalah diberi ganjaran jihad & mati syahid...amiin..

buat tentera2 dan polis di sana...dalam berjaga2 jangan lupakan solat..kalau dapat solat berjemaah adalah lebih bagus..kerana bila kita bersolat dan berdoa kepada Allah..kita akan jadi lebih tenang dan yakin berhadapan dgn musuh..kerana musuh kali ni real okay..bukan misi pengaman ke apa...mereka juga Muslim seperti kita..dan xmustahil keyakinan & ketaatan mereka kpd Allah lebih tinggi berbanding kita..jadi kita pon kena sentiasa berdoa dan beribadat..InsyaAllah, Allah akan membantu pihak yg benar..amiiinnn...

*lari tajuk dah...okey..bubye...nak wat keje.lalallaa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kes Tergempar di Lahad Datu



Rasanya semua dah sedia maklum mengenai kes di Lahad Datu ni kan? dan 2 serangan dah berlaku di Lahad Datu dan Semporna..xmustahil kumpulan ni sebenarnya dah bertapak di beberapa tempat di timur Sabah...apa cerita sebenarnya ni yek? banyak sangat info dan digest sendiri la nampaknya..tapi bagi aja, isu ni sebagai pengajaran kepada kerajaan Malaysia supaya tak memandang enteng soal keselamatan Malaysia. nampak macam Mesia ni aman je kan..kes2 jenayah biasa la tapi xpernah dengar kes tuntutan dari orang luar sampai membawa kepada perang dsb..all info semua kite boleh dapat dr Google, FB tapi sedar tak kita sebenarnya kita rakyat Malaysia ni xmembantu langsung? Daripada hang share2 info yg xsemestinya betul tu baik korang organize solat hajat dan bacaan Yaasin. Minta Allah lindungi Malaysia, polis2 dan tentera Malaysia..ye..kita berhadapan dengan orang Islam Sulu tapi perlu diingat mereka menceroboh negara kita, Jadi kita ada hak untuk melawan balik.. update yang aja baca before ni 2 orang meninggal kan? now dah bertambah 6 orang dan menjadi 8 orang anggota polis dah..dah boleh wat macam cerita BUKIT KEPONG dah..huuuuuu..

Diorang nasihatkan jangan bagtau any update pasal PDRM/ ATM kat mana2 tapi surat khabar UTUSAN sendiri yang sebarkan cerita..macam mana nak cakap ni ye...sila paham dato  tan sri..ni isu keselamatan negara Malaysia..bukan update perang kat Gaza ke Thailand ke..so sila la hadkan sebaran pasal diorang ni yek,,,bahaya utk polis dan tentera..

Kawan suami aja pon dah dikerah ke sana..Go Kapten..Go..bedil mereka habis-habisan...

Takziah diucapkan kepada keluarga 2 anggota polis terawal yang terkorban...

copy dari FB:

Ketua Polis Negara dan isteri serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan salam takziah kepada keluarga 5 pegawai dan anggota PDRM yang terkorban dalam satu serang hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Semporna. Mereka yang terkorban adalah:
1. Supt Ibrahim bin Lebar, Caw Khas, Bukit Aman.
2. ASP Micheal Padel, Caw Khas, IPD Semporna
3. Sjn/D Baharin bin Hamit, Caw Khas, IPK Sabah
4. Sjn Aziz bin Sarikun, BN 14 PGA Tawau
5. Kpl/S Salam bin Togiran, IPD Tawau
6. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, BN 14 PGA Tawau




Al-fatihah.Semoga roh wira-wira negara ini ditempatkan di kalangan orang beriman dan dicucuri rahmat.


Kepada ahli keluarga mendiang, diharap bersabar menerima kehilangan ini dan sesungguhnya seluruh pasukan turut menangisi pemergian beliau.

Berdoala semoga isu ni dapat diselesaikan secepat mungkin. Supaya kita semua masih boleh bebas bergerak di Sabah..hmmm.cakap pasal ni kan...tak boleh ke someone buat siasatan terhadap warga2 yg berniaga di Pasar Philiphina..warga negara atau bukan? juga di Kg Air..sebab masa pegi sana dulu siap orang Sabah (Kadazan) bagitau sana banyak PATI...so? tindakan perlu diambil beb!!jangan pandang ringan sebab xmustahil kes Lahad Datu ni boleh merebak ke seluruh Sabah..huhuu..

*ni pandangan peribadi penulis...xde kaitan dengan sesiapa ye...macehhh

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS