:: perkahwinan impian ::

hai semua! 
okeyla..sebenarnya saya nak start list apa yang saya inginkan dan saya perlukan untuk perkahwinan saya nanti.saya bukanlah idamkan majlis yang havoc dan mahal2..saya cuma impikan majlis yg ringkas tapi ceria..cantik dan jemputan saya hadir dengan gembira dan makan makanan2 yg kami sediakan..kami ni pun bakal pengantin budget.hehe

paling penting mendoakan kebahagiaan saya dan future husband. Dalam keluarga saya, dah 4 orang adik beradik saya yang kahwin..paling akhir tahun 2003 tak silap...masa tu abang saya kahwin grand jugakla.sebab dapat anak dato'..dan dia satu2 nya kumbang dalam keluarga, so majlis untuk dia meriah lebih sikit lah.hehehe. so sekarang, tahun 2012, baru ada 1 lagi majlis perkahwinan dalam keluarga saya. sapa pengantinnya? saya la.muahahahah~

tapi , yang lainnya...mak saya takkan uruskan majlis saya..sebab mak dah meninggal 6 tahun yang lepas..iskkk3...

maka, serasanya, majlis saya kakak sulung saya yang akan uruskan agaknya dan saya kene uruskan sendiri hal2 berkenaan pakej ke..baju ke..pelamin ke..door gift ke.semuanya atas bahu saya sendiri..bukan saya tak ada adik beradik yang laen, tapi masing2 ada suami dan anak2 yang perlu diuruskan, so...paham2 sendiri la..saya la ketua majlis kawen saya a.k.a wedding planner..hehe.

perancangan masih belum bermula tapi dah mula mencari design dan warna serta apa yang saya inginkan utk majlis itu.InsyaAllah dgn bantuan kak long saya, saya akan start semuanya sikit2 dari sekarang! (^_^)

okeyla..saya memang tak perlukan wedding planner.. saya tak perlukan katering..so yang itu saya dah tolak dari list sebab saya buat 'rewang'. apa tu?

rewang ni dalam perkataan Jawa yg bermaksud, gotong royong..org kampung akan datang ramai2 bergotong royong untuk majlis kenduri kahwen.

Jadi, memang seharusnya riuhla majlis tu nanti.hehehe..saya plan untuk ada 2 khemah khas untuk makan beradap dan untuk keluarga pengantin. 4-5 khemah untuk jemputan..halaman rumah besar so, xde masalah la.hehe.pelamin? haaa...ni 1 masalah untuk saya. Ayah saya tak benarkan saya buat pelamin!huhuhu.sedihnya...xpela..saya akan buat juga di dalam rumah tapi konsep dan design DIY by me and my sis!hehe.

lain2 tak ada masalah kot insyaAllah..Saya ada contact beberapa butik untuk baju, make up dan OP..so, tunggula mana2 yang akan saya gunakan..nak DIY sendiri, xmampula nak berfikir secara kreatif dan kritis serta inovatif..hahha.sewa sudah..sediakan duit, semua akan settle kan?:)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 orang doakan kesejahteraan aja..:

cik nora saniey said...

aja npe ayah xbg bt pelamin?

::Aja:: said...

cik nora: dalam fam saya memang ayah saya xbagi buat pelamin..dia kata itu adat Hindu bukan Islam.adehhh..kalu belah pasangan dia tak kan bising la..sebb bukan majlis kami..tapi aja akan buat jugak yg simple2 je untuk bergambar keluarga.:)

dhiera said...

wuwuwuwu.... aja jangan lupa dating kita hujung tahun nanti dekat shah alam!

Issyaz Wedding said...

hi..if u perlukan baju sanding dan mekap serta mini pelamin dan jurufoto...sila layari www.facebook.com/issyazweddingenterprise

::Aja:: said...

@dhiera..ingat jek!tapi takot kne keje..u doa2 la i xkeje ye waktu tu..

@issyaz..hai...baik!nant saya usha2.tengs..:)

dhiera said...

bos u gade la klo dia suh u keje. grrrr

::Aja:: said...

huk3..takutnye...wuuu