Salam semua..
remember post aja before ni yang aja membebel-bebel pasal owner rumah yang kami nak beli ni..tak ingat rujuk SINI
dia call lagi semalam tyme MA kerja..dan kali ni MA terangkan elok2 kenapa dia tak mahu bagi RM1K seperti yang diminta oleh owner tu..pakcik tu sangat-sangat tak puas hati sebab dia kata memang la kalau beli rumah macam tu..orang lain boleh je bayar deposit sebelum beli rumah..Pak cik oii..kalo rumah baru beli, deposit tu as cagaran dan bayaran peguam dan lain2 kos..bukan untuk company..so kalo ikutkan deposit yang kami kena bayar adalah bayaran kepada bank.sebab MA guna peguam bank je..bukan kepada pakcik yg banyak songeh ni..betul tak? nah..tengok panduan ni yang aja copy dari blog AYAH SU
Panduan Beli Rumah Second-Hand
1. Hubungi penjual/ejen dan tanya harga.
Cari
rumah yang nak dibeli. Sebelum tengok rumah, tawar harga semurah
mungkin. Periksa juga "market value" rumah tersebut. Lebih elok kalau
boleh dapat beli rumah dari tuannya sendiri.
Yang
lebih penting periksa status rumah tu, dah tukar hak milik strata atau
belum, kalau masih atas nama pemaju dan pemaju sudah mengalami
kebankrapan, mungkin kesulitan akan timbul kerana memerlukan masa yang
lama untuk "liquidity" rumah tersebut.
Ni beli rumah dari tuannya sendiri..ingat lagi mudah tapi jadi lagi sakit hati..
2. Pergi tengok rumah.
Tanya
banyak soalan. Dan cek semua benda. Yang penting, tengok kalau ada
problem besar yang mungkin perlukan major repair macam bumbung bocor,
piping problem, tekanan air rendah, wiring dalam dinding, dll.
terutamanya rumah yang dah lebih 10 tahun. Borak dengan jiran dan
pekedai kawasan sekeliling, takut2 ada problem yang kita tak tau macam
selalu banjir, bekalan elektrik tak elok, gangguan orang minyak, dsb.
MA yang pergi tengok dengan jiran kami..So far okayla tapi die buat renovation sangat2 teruk..main tampal, pecah, simen balik..sangat2 tak cantek la..
3. Minta extra diskaun.
Sebutkan
semua kekurangan yang ada pada rumah pada penjual/ejen (walaupun remeh
macam cat tak kemas, sinki tak lawa). Tujuannya untuk mintak diskaun
tambahan hehe. Penjual pun pressure nak jual, so jangan segan nak tawar.
Dapat diskaun tapi tak banyak..RM2K je..harga die nak jual RM90 tapi kami dapat RM88K...low cost ke? ye..low cost landed house..double storey.hehe
4. Bayar deposit 3%.
Sediakan
duit 3% dari harga rumah. Hati-hati sebab ada jugak ejen/penjual rumah
penipu. Kalau dah ada lawyer, lebih baik bayar melalui lawyer. Kalau
bayar direct, elakkan bayar cash. Gunakan cek. Kalau takde buku cek,
buat bank draf, senang je. Minta resit sebagai bukti bayaran.
Ni sepatutnya tak ada sebab beli direct to owner..deposit akan dibayar kemudian.
5. Cari lawyer.
Cakap
untuk tujuan beli rumah. Tanya lawyer tu banyak case tak dia handle
sekarang, takut dia sibuk. Warning dia awal2 yang urusan ni mesti
diselesaikan cepat2. Lawyer akan drafkan perjanjian jual-beli (sale
& purchase agreement).
Guna lawyer bank yang MA appply loan je..tu lembap.
6. Apply loan.
Apply
la loan di beberapa bank. Sebabnya, kadar pinjaman ni berubah2 setiap
bulan. Bulan ni Bank A murah, bulan depan Bank B pulak murah. Kadang2
bank sama tapi cawangan lain pun beza2 rate loan. Ni boleh jadi kalau
cawangan bank tu tak cukup lagi kuota keluarkan loan bulan tu. Kadang2
kita boleh tawar menawar rate pinjaman tu, contohnya kalau kita: dpt
better offer dari bank lain, ada rekod ccris cantik, beli rumah yang
mahal, ada byk duit dalam fixed deposit, dll. Kalau tak lepas, cuba
apply loan dari mbsb atau syarikat insurans.
Still ODW...baru sebulan submit...sabar2..tapi owner yang tak sabar..sepak kang...
7. Sign S&P Agreement.
Bila loan approve, penjual akan sign s&p yang lawyer dah sediakan.
Lepas
tu boleh la keluarkan EPF akaun 2 tu.....seadanya termaktub kepada EPF
dalam 20% maksimum untuk rumah pertama. Suami isteri boleh keluarkan,
jadi boleh la cover balik 10% deposir rumah dengan bayar lawyer tu.
Belum lagi...
8. Bayar baki 7%.
Bayar baki 7% dari harga rumah, melalui lawyer.
ini la duit yang patut dibayar kepada owner..
9. Lawyer buat kerja
Ni
proses paling lama, mungkin 2 bulan, mungkin setahun. So rajin-rajinlah
follow up. Call lah sekali seminggu tanye status terbaru. Lawyer ni
selalunya buat keje ikut siapa yang push dia. Tak push, memang slow.
Bayar lawyer lepas keje dia dah siap sepenuhnya. Jangan bayar lawyer
tu awal,nanti dia dah takde inisiatif untuk selesaikan cepat.
10. Dapat rumah!
Bila
semua urusan lawyer settle, bank kita akan release duit pinjaman kepada
penjual. Rumah jadi hakmilik kita dan penjual akan bagi kunci rumah.
Jangan lupa tukarkan air, letrik tnb dan indah water jadi atas nama
kita.
So...xpe..ni first experience deal dgn rumah 2nd hand..lepas ni xmau dah..pakcik tu siap ugut2 kata ramai lagi tunggu nak beli rumah die tu..eleh...blah la pakcik..kalau ramai sangat, apasala pakcik desperate sangat hari2 call laki aku..caittt..
mood geram sungguhhhhh