Lilypie Pregnancy tickers
Daisypath Anniversary tickers

Tazkirah Jumaat

Salam semua...

Share ilmu sedikit di hari Jumaat ni..



Kenapa REZEKI SUSAH NAK MASUK?

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh


Ada juga yg berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yg melimpah ruah. Tp ketahuilah itu nikmat yg plg azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'. wallahua'lam.

 Rezeki dalam bermacam bentuk mungkin dalam bentuk kekayaan, kesenangan, zuriat, pekerjaan dan sebagainya..Mungkin ada antara kita yg teralpa dan pernah berbuat 8 perkara di atas..Sama-samalah kita muhasah diri kita dan berusaha untuk jadi insan yang mukminah..amiin..

Doa dimurahkan rezeki

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 orang doakan kesejahteraan aja..: