Okay..first sekali aja minta maaf kalau entry ni panjang sangat.hehe..okay..nak continue cerita tentang tanda-tanda awal kehamilan macam yang aja dah share di entry sebelumnya di SINI LA...
Di bawah adalah tanda-tanda awal kehamilan, cekidaut!:
1. Loya & Muntah
Tanda-tanda ini kebiasaannya terjadi pada semua wanita hamil disebabkan peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran
darah.
Sebelum tahu diri ni preggy (ehh..terlepas cakap ke?:P)..tak de la pulak rasa loya & muntah..sekarang pun belum lagi..tak de feel nak uwekkk3. tapi perasan kalo naek kete MA je aja kena kunyah benda-benda masam..rasa macam ada sesuatu yang berkumpul di tekak tapi tak nak keluar.hehe..naik kereta sendiri tak de pulak rasa macam tu.lalalala~
2. Kerap buang air kecil
Hal ini berlaku kerana tubuh badan
menghasilkan cairan tambahan untuk baby. Jangan nak tahan-tahan kalu nak terkucil, terus ke tandas ye sebab kalo tahan-tahan nanti takut ada infection..lagi haru...
Yes..ni memang diakui sebab di opis aja boleh ke toilet more than 3 times waktu before lunch sahaja..tak masuk petang yek..heheh..
3. Keluar Darah diikuti Kram Perut
Darah ini adalah bersifat sementara dan terlalu sedikit. Ia muncul
sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari
setelah terjadinya ovulasi. Kehadiran darah ini disebabkan oleh
implantasi (implantation bleeding) atau menempelnya embrio pada dinding
rahim. Munculnya darah pada saat kehamilan kadang disalah ertikan
sebagai menstruasi.
Selain itu, keluarnya darah biasanya diikuti oleh kram perut. Kram perut
pada keadaan terjadinya kehamilan akan terjadi secara teratur. Situasi
ini akan berlaku kerana rahim akan membesar dan merenggang untuk
menyiapkan tempat bagi bayi anda.
4. Mengidam
Biasanya kalo mengandung je mesti dikaitkan dengan mengidam macam2 kan..kebiasaanya makanan yang masam-masam dan mungkin lebih dari itu!
5. Moody
Sering marah-marah pada suami dan mengalami perubahan tingkah laku. Hal
ini disebabkan dari kemunculan hormon-hormon baru di dalam tubuh anda.
Perubahan yang drastik daripada tidak pernah marah kepada pemarah akan
berlaku saat kehamilan.
Aja memang sensitif MA kata..so dia tak heran dah.hehe
7. Pengsan
Gejala ini berlaku kerana kekurangan gula dalam badan. Makan secukupnya bagi mengelakkan anda pengsan.
9. Cepat rasa mengah
Rasa lelah atau mengah yang berlebih akan membuat anda cepat tertidur.
Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja
organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin.
Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang
saat memasuki trimester kedua.
yup..true..hehe
10. Tidak bermaya/letih
Yepp..benar sekali sebab aja memang cepat letih & sangat selalu tido awal sekarang..siap boleh tertido sambil teman MA tgk TV.
11. Tidak datang haid (period)
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Actually aja dah wat UPT test before due period.hehe..gedik kan? tak tahu la..sebab rasa sakit yang amat sangat kat breast, so cpt2 cek UPT..(apa kaitan?)..tetibe..eh3..heeee
Aja wat test 2x pada waktu pagi..2nd test line tu lagi clear dan ...
Dan akhirnya.....
Kalau dah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2
jaluran pada ujian urin, kemungkinan besar anda sudah mengandung.
Jumpalah doktor untuk kepastian dan...
Tahniah! Anda sudah mengandung!hehehe
So...jalan cerita ni tak paham2 lagi ke? Alhamdulillah..aja dah hamil..berkat doa dan usaha..selepas 5 bulan lebih berkahwin, Allah kurniakan rezeki yang tak ternilai buat kami..MA happy sangat sampai makan senyum sorang2..tengok TV pon tersengih2.pastu tido tersengih gak..adoiii..daddy...nape sampai camtu.?hehehe..
Setakat ni aja masih belum buat check up di klinik mungkin this week atau esok..mana tahu? sebab takut jugak..baby first kan..so..selamat tinggal my heels, wedges dan segala yg tinggi2..aja cuma berani pakai sandal & kasut flat je sekarang..
ikut kiraan sendiri..(aku kan doktor?kekeke)..dah masuk 5 minggu..apa2 pun jumpe doktor dulu..even kamu ada ilmu tapi lebih baik jumpa yg lebih pakar? okay? taraaa..bye2
2 orang doakan kesejahteraan aja..:
TAHNIAH aja!hpy for u!
thanks!hehe
Post a Comment