Lilypie Pregnancy tickers
Daisypath Anniversary tickers

Cek Kesuburan Melalui Suhu Badan..

Hai semua!

Tahu tak selain dari menggunakan kit ovulation (macam cek pregnant tu la )..kita boleh cek kesuburan kita melalui suhu badan dan situasi diri kita sendiri. Hari tu aja survey ovulation kit kat Guardian..mak aihhhh..mahal sungguh. 5 kits for RM50++..depend on your budget la..if kita nak cek suhu dulu pun boleh.hehe

kitar ovulasi kita boleh dipengaruhi suhu badan dan dibahagikan kepada 2 fasa : folikel & luteal

fasa folikel
- Suhu badan antara 36.1 - 36.3 C
- Suhu rendah disebabkan hehadiran hormon estrogen dan suhu berbeza antara setiap bacaan yang kita ambil tu.

fasa luteal
- Suhu badan antara 36.4 - 36.6C.
- Ianya berlaku selepas ovulasi , so peningkatan suhu berlaku sekurang-kurangnya 0.11C.
- Hormon Pregesteron dirembeskan oleh folikel selepas ovulasi makanya, suhu badan akan meningkat.
- Suhu ni akan kekal dalam julat yang lebih tinggi dan melebihi garis asas.

Jika tak hamil
- Suhu akan kekal tinggi selepas ovulasi selama 10-16 hari  sehinggalah hormon pregesteron menurun secara mendadak dan suhu badan akan menurun kembali dan memulakan kitaran haid yang baru..

Kalau Hamil
-Suhu akan kekal tinggi selama lebih daripada 18 hari selepas ovulasi (jika kitaran haid 28 hari la..) dan mungkin ada peluang hamil..

Tanda kesuburan yang lain?

kalau korang punye kitar haid 28 hari, follow jadual di bawah la..

- hari 1-6: tempoh haid
- hari 7-9: Kering & tiada banyak mukus di jari (cek ur own serviks ya!)
- hari 10-11: Melekit
- hari 12-15: Berkrim - mukus tu jadi macam putih2 bila gosokkan jari..dan kadangkala berair..(Haaaa..tu la tanda kesuburan korang!)

- hari 16-18: Telur putih mukus.yang kalo keluar dari suar dalam tu ada jeli-jeli
- hari 19-28: Kering....

Macam aja..kitaran haid aja bukan 28 hari..lamaaaa...so kene tahu kitaran haid masing2 & berusaha untuk kehamilan yang diinginkan..

Selamat mencuba!!!
owh ya..kalau tengah demam macam aja, bacaan tak accurate ya! coz suhu badan aja malam tadi 37.1C.hehe..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 orang doakan kesejahteraan aja..:

Mr & Mrs Sallehudin said...

Thanks Aja for the infor.. kite pun kitaran haid bukan 28 hari... lama jugak.. ~huu~

::Aja:: said...

tau xpe..aja lagi teruk...latest 42 hari..gile kot.ingat2 dh preggy dah tapi cek upt -ve sntiasa..kene usaha lebih2 betui..